Wednesday, 19 September 2018

Kenapa Jeragat Terjadi


kenapa jeragat terjadi

Pendedahan kepada sinar matahari adalah punca hiperpigmentasi, sebab sinar matahari yang mencetuskan pengeluaran melanin. Melanin bertindak sebagai pelindung semulajadi kulit terhadap sinar matahari dengan melindungi anda dari sinaran UV yang berbahaya, sebab itu orang yang berjemur, kulit mereka akan jadi gelap.
Tetapi pendedahan kepada sinar matahari yang berlebihan boleh mengganggu proses ini, yang membawa kepada hiperpigmentasi.
Haa… inilah kenapa jeragat terjadi.

kenapa jeragat terjadi

Lihat gambaran bagaimana kulit yang tidak dilindungi dengan sunblock, yang dilindungi dengan sunblock SPF rendah dan SPF tinggi

Bintik-bintik gelap yang dah terjadi dan ditambah pula dengan pendedahan kepada sinar matahari akan memburukkan lagi keadaan. Bintik-bintik gelap akan menjadi jeragat, bintik-bintik penuaan, melasma dan hiperpigmentasi.
Nota: hiperpigmentasi adalah masalah jeragat yang sangat kronik dalam bentuk tompokan besar penuh di muka.
Cahaya matahari mencetuskan pengeluaran melanin, menjadikannya penyebab kepda hiperpigmentasi.
Jadi, cuba hadkan masa berada di bawah sinar matahari, memakai pakaian yang menutup anggota badan, berpayung, memakai topi dan menggunakan pelindung matahari yang berspektrum luas dengan SPF yang tinggi. Ini boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat hiperpigmentasi, jeragat dan menghentikan bintik gelap yang semakin teruk.
Pengaruh hormon juga adalah punca kenapa jeragat terjadi. Jeragat jenis ini dikenali sebagai melasma atau chloasma. Ia amat biasa di kalangan wanita, kerana ia dianggap berlaku apabila hormon estrogen dan progesteron merangsang lebihan pengeluaran melanin semasa kulit terdedah kepada matahari.

Image result for JERAGAT ATAS BIBIR
Jeragat pada bahagian atas bibir juga boleh berlaku akibat perubahan hormon.
Melasma terutamanya disebabkan oleh hormon wanita. Keadaan ini banyak berlaku kepada wanita hamil yang juga dikenali sebagai “topeng kehamilan” @ pregnancy mask. Ia lebih lazim di kalangan orang yang berkulit lebih gelap.
Jeragat juga adalah gejala penyakit tertentu, seperti beberapa penyakit autoimun dan gastrousus, gangguan metabolik dan kekurangan vitamin. Jeragat juga boleh terjadi akibat kesan sampingan rawatan hormon tertentuubat kemoterapi, antibiotik, anti-malariaubat anti-sawan, dan ubat-ubatan lain.
 kenapa jeragat terjadi
Pekerjaan tertentu juga dikaitkan dengan kenapa jeragat terjadi kerana risiko pendedahan yang berkaitan dengan matahari, haba atau bahan kimia. Orang yang bekerja sebagai tukang kebun, padang atau pekerja tar, tukang masak lebih tinggi risiko untuk mendapat jeragat berbanding mereka yang bekerja di pejabat atau bangunan tertutup.
Jeragat juga terjadi selepas serangan keradangan berikutan kecederaan kulit atau keradangan, seperti luka, melecur, pendedahan kepada bahan kimia, jerawat, ekzema atau Psoriasis.
Ia berlaku apabila kulit dibiarkan gelap dan berubah warna selepas luka sembuh.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk meredakan jeragat sedia ada dan mencegah pembentukan jeragat baru, anda harus tahu puncanya. Ini kerana, puncanya lah yang perlu dielakkan dan ditangani disamping merawat kerosakan dan keradangan kulit yang dah sedia terjadi.
 Secara ringkasnya:
Pakai pelindung UV (sunblock) dengan SPF yang betul berserta perlindungan UVA & UVB bagi mengelakkan pembentukkan jeragat baru.

Kuatkan struktur kulit dengan cara mengambil Vitamin C yang dapat menggalakkan penghasilan kolagen.
Pulihkan semula sel-sel kulit yang telah rosak akibat keradangan hingga menyebabkan terjadinya jeragat dengan  Aesthetic Beauty Facial.


No comments:

Post a Comment