Tuesday 18 September 2018

APAKAH KOSMETIK YG SESUAI UTK KULIT SENSETIVE & JERAWAT..??!!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada artikel saya kali ini saya akan menerangkan tentang kosmetik mineral. Pelanggan-pelanggan yang datang berjumpa saya untuk mendapat rawatan jerawat sering kali bertanya - "........saya boleh pakai foundation tak?" ataupun  "........saya boleh pakai make-up tak?" dan jawapan saya adalah, "Tidak boleh sama sekali."

Ini adalah kerana foundation akan menyebabkan liang tersumbat lebih teruk dan anda juga mungkin mendapat reaksi dari pewarna tiruan yang mengandungi bahan kimia dan juga pengawit yang sudah semestinya terdiri dari bahan kimia.
Kosmetik konvensional menggunakan bahan-bahan yang dapat memberikan reaksi yang negative terhadap kulit anda. Saya senaraikan beberapa bahan yang kerap kali digunakan dan kesannya pada kulit.

  1. Serbuk Talkum - menyebabkan liang tersumbat. Ianya digunakan dalam loose powder.
  2. Bahan kimia Bismuth Oxychloride - menyebabkan radang pada liang.
  3. Mineral Oil - menyebabkan kulit berminyak bila berpeluh,liang tersumbat dan radang pada liang. Digunakan dalam foundation dan pembayang mata.
  4. Pewarna tiruan dari kimia - boleh menyebabkan radang kulit.
  5. Bahan Pengawet dari kimia - menyebabkan radang kulit.
Saya juga faham yang kebanyakan dari anda perlu memakai kosmetik untuk penampilan. Oleh itu, saya mula mencari-cari apakah kosmetik yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit bermasaalah seperti terlalu berminyak, jerawat dan sensitive.
Setelah sekian lama , hampir 2 tahun, saya menjumpai sejenis kosmetik yang mempunyai 4 ciri penting yang saya cari:
  1. Tanpa Bahan Pengawit
  2. Tanpa Pewangi
  3. Tanpa Pewarna Tiruan
  4. Tanpa Bahan Kimia.
Bonusnya, ia juga mengandungi Zinc Oxide , berfungsi untuk melegakan radang kulit serta antibakteria dan Titanium Oxide yang merupakan penabir suria UVA dan UVB, SPF 30.

Sifatnya kering dan bukan organic. Dengan itu, bakteria tidak boleh membiak kerana bakteria memerlukan lembapan untuk membiak. Ini memberi penjimatan yang tinggi kerana ianya tiada tarikh luput. Tidak seperti kosmetik konvensional yang mempunyai tarikh luput selama 1 tahun.
Memang terdapat banyak kosmetik mineral tetapi ianya berbeza DAN yg sgt sesuai ialah yang menggunakan 100% Mineral tulen.
Kosmetik yang menggunakan bahan asas mineral mungkin mengandungi :
  1. Vitamin C,A, K dan E - munkin asli @ kimia
  2. Ekstrak The Hijau dan Chamomile untuk melegakan radang
  3. Bahan-bahan mineral
  4. Talkum dan Bismuth Oxychloride.
Pilihlah Kosmetik Mineral yg 100% Mineral tulen tanpa paraben dan bahan tambahan. Hanya mineral tulen. Ia hanya di bekalkan melalui juruestetik dan hanya boleh didapati dipusat-pusat rawatan Estetik.
Saya paparkan wajah sebelum dan selepas memakai  Kosmetik Mineral. Ianya kelihatan lebih natural & ringan.
untuk maklumat lebih lanjut tentan kosmetik mineral yg saya kongsikan disini bolehlah wsup saya di www.wasap.my/60182722702

No comments:

Post a Comment