KAEDAH MERAWAT JERAWAT DARI LUARAN
Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa.
Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.
Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.
Dalam entri ini dan entri minggu hadapan, saya akan menceritakan kepada anda tentang bagaimana cara untuk merawat jerawat terlebih dahulu kerana saya yakin topik itu yang paling dinantikan oleh semua.
Sebagai seorang Esthetician pakar dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat, saya telah menemui ramai pesakit yang inginkan kulit mereka bebas dari masalah jerawat, tidak kira kronik atau pun biasa.
Selain menerangkan punca berlakunya masalah jerawat, saya juga memberitahu mereka bahawa rawatan ini boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah.
Kaedah-keadah yang dimaksudkan termasuk kaedah rawatan jerawat secara dalaman dan juga secara luaran. Untuk artikel hari ini, saya akan berkongsi dengan anda secara ringkas bagaimana untuk merawat masalah jerawat secara luaran.
1. Mencuci Muka - Ini adalah satu kaedah umum untuk mengatasi masalah jerawat dan ianya perlu dilakukan sebanyak dua-empat kali setiap hari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.
Anda hanya disyorkan untuk mencuci muka dengan pencuci yang khusus untuk jerawat sebanyak 2-4 kali sehari sahaja tanpa perlu scrubbing.
Ini untuk mengelakkan kulit muka anda terlampau kering kerana pencuci muka akan mengakibatkan minyak yang dihasilkan untuk melindungi kulit muka anda dijangkiti kuman hilang. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.
2. Menggunakan Oil control Serum - Anda boleh menggunakan serum yang tidak mengandungi alkohol yang tinggi kerana alkohol bertindak untuk mengeringkan kulit dan hal ini akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan pengeluaran minyak yang lebih banyak untuk memberi kelembapan yang asli kepada kulit muka.
3. Menggunakan Krim Jerawat - Penggunaan krim jerawat juga penting untuk merawat masalah jerawat dari luar. Namun begitu, pastikan anda menggunakan krim jerawat yang mempunyai kandungan Vitamin C & vitamin E.
4. Menggunakan Pelembap Muka - Farmasi ataupun pasaraya menjual pelbagai jenis pelembap muka tetapi saya sangat menyarankan anda menggunakan pelembap muka dalam bentuk gel kerana ia adalah lebih sesuai digunakan sekiranya kulit muka anda berminyak dan berjerawat.
kesimpulannya😎
Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anda agar tidak membeli set skincare muka berdasarkan pada jenamanya tetapi peka dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan tersebut. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan jerawat yang betul dan tidak hanya membazirkan wang untuk membeli produk-produk di pasaran yang lebih mahal tetapi kurang berkesan ke atas penyakit jerawat anda.
Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anda agar tidak membeli set skincare muka berdasarkan pada jenamanya tetapi peka dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan tersebut. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan jerawat yang betul dan tidak hanya membazirkan wang untuk membeli produk-produk di pasaran yang lebih mahal tetapi kurang berkesan ke atas penyakit jerawat anda.
No comments:
Post a Comment