Sunday, 18 November 2018

PENEMUAN OLEIFERA LEAF DALAM KAEDAH PERAWATAN KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK

Temui cara memulihara Kulit Anda Menerusi Sistem Penjagaan Kulit Saintifik Bertaraf Antarabangsa yang Diformulasikan Khas Untuk Rawatan Dan Pemulihan Wajah Anda. 



Untuk Kulit Yang Berseri Dan Menawan💝💖

Jika keajaipan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh kuasa semulajadi, maka sistem penjagaan kulit ESTEE BEAUTY SKINCARE pastinya adalah satu keajaipan. 


Ia adalah sistem penjagaan kulit saintifik yang betul-betul mampu merejuvenasi kulit. Sesiapa sahaja yang memahami bagaimana ESTEE BEAUTY bertindak pasti akan menjadi pendorong bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. 

Di formulasi dengan menggunakan teknologi canggih dengan rumusan saripati asli dan ekstrak botanik Oleifera leaf semulajadi yang mempunyai ciri perawatan kulit berminyak dan jerawat serta tidak mengandungi kimia terlarang. Ia amat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan tompok-tompok kemerahan, bengkak dan kulit bernanah akibat jerawat degil pada wajah. 

Penggunaan berterusan dalam beberapa minggu boleh menghasilkan kulit wajah yang lebih licin, lembut dan bersih tanpa kesan sampingan. Kulit beransur pulih dan kelihatan segar bermaya.





Monday, 24 September 2018

Daun MORINGA/OLEIFERA untuk Kecantikan, Anti Jerawat dan Penuaan Dini



Ramai yang tidak tahu manfaat daun Moringa/kelor bagi kecantikan. Daun kelor atau dengan nama latin Moringa Oleifera merupakan salah satu tanaman yang berasal dari tanaman perdu. Daun kelor lebih dikenali sebagai tanaman ubat-ubatan dibandingkan sebagai salah satu perawatan kecantikan.

Related image

Walau bagaimana pun tidak ramai yang tahu, apa sebenarnya manfaat daun kelor. Dan kini, Anda perlu tahu bahawa daun kelor memiliki sejuta manfaat.

Salah satunya dalam bidang kecantikan. Seperti yang tercatit didalam The Asian Pacific Jurnal of Cancer Prevention, salah satu kandungan yang ada di dalam daun kelor adalah kandungan antioksidan.

Daun kelor sangat kaya dengan kandungan antioksidan yang merupakan senyawa nutrisi yang dapat memperbaiki  dan melindungi sel-sel radikal bebas yang dapat merosak  terutama pada bahagian wajah kerana wajah sering terdedah pd radikal bebas seperti polusi.

Daun kelor mengandungi berbagai senyawa aktif yang sangat bermanfaat bagi kesehatan wajah seperti antioksidan, anti mikroba, anti inflamasi, anti aging atau penuaan, memberi nutrisi pada kulit, menanggalkan kulit mati.

Image result for fungus diwajah

Khasiat daun kelor sudah dikenali sejak zamam mesir kuno, di mana daun kelor merupakan salah satu kunci kecantikan mereka yang dimanfaatkan sebagai perawatan kecantikan berupa masker  dan sabun daun kelor.

Image result for fungus diwajah

Hal tersebut yang mendorong Estee Beauty  untuk mengeluarkan set skincare  yang mengandung ekstrak daun kelor di dalamnya.

Kami ingin perkenalkan set skincare kami  yangmana membuat penggunanya terlihat lebih cantik dan menawan, namun juga menyehatkan.

Estee Beauty skincare  ini boleh dapat dengan harga yang sangat ekonomi dan berpatutan di mana di dalamnya ada 4 items basic iaitu Pimples & Acne soap, Clarifying oil control serum, Moisturizer & night repair serta  Clarifying Day cream spf 30.

Wednesday, 19 September 2018

Kenapa Jeragat Terjadi


kenapa jeragat terjadi

Pendedahan kepada sinar matahari adalah punca hiperpigmentasi, sebab sinar matahari yang mencetuskan pengeluaran melanin. Melanin bertindak sebagai pelindung semulajadi kulit terhadap sinar matahari dengan melindungi anda dari sinaran UV yang berbahaya, sebab itu orang yang berjemur, kulit mereka akan jadi gelap.
Tetapi pendedahan kepada sinar matahari yang berlebihan boleh mengganggu proses ini, yang membawa kepada hiperpigmentasi.
Haa… inilah kenapa jeragat terjadi.

kenapa jeragat terjadi

Lihat gambaran bagaimana kulit yang tidak dilindungi dengan sunblock, yang dilindungi dengan sunblock SPF rendah dan SPF tinggi

Bintik-bintik gelap yang dah terjadi dan ditambah pula dengan pendedahan kepada sinar matahari akan memburukkan lagi keadaan. Bintik-bintik gelap akan menjadi jeragat, bintik-bintik penuaan, melasma dan hiperpigmentasi.
Nota: hiperpigmentasi adalah masalah jeragat yang sangat kronik dalam bentuk tompokan besar penuh di muka.
Cahaya matahari mencetuskan pengeluaran melanin, menjadikannya penyebab kepda hiperpigmentasi.
Jadi, cuba hadkan masa berada di bawah sinar matahari, memakai pakaian yang menutup anggota badan, berpayung, memakai topi dan menggunakan pelindung matahari yang berspektrum luas dengan SPF yang tinggi. Ini boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat hiperpigmentasi, jeragat dan menghentikan bintik gelap yang semakin teruk.
Pengaruh hormon juga adalah punca kenapa jeragat terjadi. Jeragat jenis ini dikenali sebagai melasma atau chloasma. Ia amat biasa di kalangan wanita, kerana ia dianggap berlaku apabila hormon estrogen dan progesteron merangsang lebihan pengeluaran melanin semasa kulit terdedah kepada matahari.

Image result for JERAGAT ATAS BIBIR
Jeragat pada bahagian atas bibir juga boleh berlaku akibat perubahan hormon.
Melasma terutamanya disebabkan oleh hormon wanita. Keadaan ini banyak berlaku kepada wanita hamil yang juga dikenali sebagai “topeng kehamilan” @ pregnancy mask. Ia lebih lazim di kalangan orang yang berkulit lebih gelap.
Jeragat juga adalah gejala penyakit tertentu, seperti beberapa penyakit autoimun dan gastrousus, gangguan metabolik dan kekurangan vitamin. Jeragat juga boleh terjadi akibat kesan sampingan rawatan hormon tertentuubat kemoterapi, antibiotik, anti-malariaubat anti-sawan, dan ubat-ubatan lain.
 kenapa jeragat terjadi
Pekerjaan tertentu juga dikaitkan dengan kenapa jeragat terjadi kerana risiko pendedahan yang berkaitan dengan matahari, haba atau bahan kimia. Orang yang bekerja sebagai tukang kebun, padang atau pekerja tar, tukang masak lebih tinggi risiko untuk mendapat jeragat berbanding mereka yang bekerja di pejabat atau bangunan tertutup.
Jeragat juga terjadi selepas serangan keradangan berikutan kecederaan kulit atau keradangan, seperti luka, melecur, pendedahan kepada bahan kimia, jerawat, ekzema atau Psoriasis.
Ia berlaku apabila kulit dibiarkan gelap dan berubah warna selepas luka sembuh.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk meredakan jeragat sedia ada dan mencegah pembentukan jeragat baru, anda harus tahu puncanya. Ini kerana, puncanya lah yang perlu dielakkan dan ditangani disamping merawat kerosakan dan keradangan kulit yang dah sedia terjadi.
 Secara ringkasnya:
Pakai pelindung UV (sunblock) dengan SPF yang betul berserta perlindungan UVA & UVB bagi mengelakkan pembentukkan jeragat baru.

Kuatkan struktur kulit dengan cara mengambil Vitamin C yang dapat menggalakkan penghasilan kolagen.
Pulihkan semula sel-sel kulit yang telah rosak akibat keradangan hingga menyebabkan terjadinya jeragat dengan  Aesthetic Beauty Facial.


Tuesday, 18 September 2018

Serabut dengan masalah jeragat yang makin bertambah? Muka pula makin kusam?




#Siapa lagi yang mahu saya bantu untuk atasi masalah JERAGAT DEGIL, KUSAM tanpa kesan sampingan & perubahan secara semulajadi? <<<
.
.NAK TAHU ?


Mengikut kajian pakar dermatologi, wanita yang mengalami masalah jeragat, kusam lebih cepat nampak TUA & 7 tahun lebih tua berbanding yang tidak mempunyai masalah jeragat & kusam ! 
.
Image result for jeragat


MESTI STRESS KAN ? Sangka kan kedut dan garis halus yang buat kulit tua dari usia, tapi masalah JERAGAT dan KUSAM pun boleh buat kulit nampak  lagi tua dari usia !
.
Rimas setiap kali nak keluar perlu berbedak tepek tebal-tebal, tapi tu pun nak cover masalah sahaja, jeragat & kusam TAK HILANG pun ! Nak share gambar dalam media sosial pun MALU.….Penat juga dah cuba macam-macam, dari mahal ke murah, semuanya sama sahaja, tiada perubahan, lagi teruk ada lah, jeragat bertambah, bintik kecil tompok besar semua ada,  

...........muka pula makin kusam, gelap, kulit pun dah rasa NIPIS sebab dah pakai macam-macam yang ada merkuri, hidrokuinon. Kulit tak boleh kena panas cahaya matahari sikit, lagilah bertambah teruk, Serabut tengok masalah kulit muka sendiri…  😦


Adakah Puan sedang mengalami masalah yang sama seperti situasi di atas?


JIKA “Ya”,
.Biar kami yang bantu Puan untuk atasi masalah Puan yang sudah sekian lama tidak selesai,  sebab kami ada jalan penyelesaiannya, jadikannya rutin untuk permulaan rawatan sahaja.
..


3 CARA MUDAH ATASI MASALAH JERAGAT & KUSAM :

1. Jangan lupa PAKAI SUNBLOCK setiap kali keluar rumah, sebab cahaya matahari antara faktor terbesar masalah jeragat, kulit kusam. Ini yang kami syorkan PERFECTION DAY CREAM yang mampu melindungi kulit, menutup masalah jeragat, mencegah serta merawat masalah muka waktu siang.
.

2. MELEMBAP pun penting, kulit yang lebih lembap lebih cepat hilang jeragatnya & cerah sebab kulit yang berada dalam keadaan lembap lebih banyak dan senang nutrient produk menyerap ke dalam kulit. 
Gunakan YOUNIQUE & PORE MINIMISING SERUM sebelum pakai sunblock dan boleh juga sebelum tidur..3. BUANG SEL KULIT MATI...??!!

 Mengapa perlunya buang sel kulit mati ? Sebab semakin meningkat usia, semakin perlahan proses penghasilan sel-sel kulit baru, buang sel kulit mati penting untuk lebih cepat hilangkan jeragat dan mencerah. Apa yang kami syorkan ialah gunakan EXFOLIATING GEL sapu seluruh wajah & urut secara memutar sehingga tanggal segala kulit-kulit mati dan kotoran yg melekat di kulit wajah terutama ditempat jeragat 
.

.
Mengapa 3 cara di atas TERBUKTI BERKESAN ? Puan boleh lihat testimoni-testimoni yang berjaya seperti di bawah,
      
TETAPI…
3 SEBAB perlunya Rawatan Aesthetic Beauty Facial & Estee Beauty skincare untuk atasi masalah JERAGAT & KUSAM sebenarnya adalah kerana :

  1. Puan tak perlu risau akan kesan sampingan lama-lama pakai atau berhenti pakai sebab bebas bahan kimia bahaya, bukan memutih sehingga hilang warna asal kulit yang boleh buat kulit makin nipis.
  2. Puan akan alami perubahan seawal 15 hari, jeragat akan pudar/ hilang, kulit lebih cerah. 
  3. Kulit Puan akan jadi lebih lembap & anjal, amalkan dan jelas boleh nampak garis halus & kedutan berkurangan, lebih awet muda.
SATU LAGI FAKTA yang ( kami sudah mempunyai 21 tahun pengalaman dalam menjual memberi nasihat produk ) TAK RAMAI yang ada masalah JERAGAT & KUSAM tahu pun !


>>> Elakkan pakai barang kilo atau yang boleh memutih sehingga hilang warna asal kulit sebab kulit anda akan berisiko naik jeragat dan hangus muka, MENGAPA ? sebab menggunakan produk yang bahaya menyebabkan sel-sel pelindung kulit semulajadi berkurangan, meningkatkan risiko cahaya matahari mengaktifkan lagi melanin yang menyebabkan penghasilan jeragat.


Setakat ini, dah 5573 orang yang pakai ESTEE Beauty😍 .
.
.
ESTEE Beauty bukan saja selesaikan masalah seperti Jeragat & Kusam.
.
.
🤗Tapi kami siap bagi diskaun tinggi sehingga jimat 25% ! & ada FREE GIFT kepada siapa yang cuba minimum walaupun satu set!
.
.
👉BELI tak sampai 5 SET pun diskaun sampai 25%! 

  CEPAT-CEPAT WHATSAPP jika Puan inginkan harga promosi. 
CEPAT BERTINDAK – CEPATLAH NAMPAK HASILNYA!
.
.
Berminat nak cuba?

Whatsapp/ SMS/ Call sahaja saya di sini,  mdm.Ainie): Atau klik sini terus👉:www.wasap.my/60182722702
.
Untuk pembelian secara online ( transfer online, kami juga terima bayaran melalui Transfer on9 ke akaun: 151418165796

*Disklaimer : Kandungan website ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan. Dapatkan nasihat doktor jika ada sebarang pertanyaan berkenaan kondisi perubatan atau kesihatan .
Testimoni-testimoni  yang menggunakan skincare ESTEE Beauty yang kami sertakan adalah benar. Hasil individu mungkin berbeza mengikut jenis & masalah kulit, umur, sejarah penggunaan skincare dan juga cara penggunaan produk.

APAKAH KOSMETIK YG SESUAI UTK KULIT SENSETIVE & JERAWAT..??!!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada artikel saya kali ini saya akan menerangkan tentang kosmetik mineral. Pelanggan-pelanggan yang datang berjumpa saya untuk mendapat rawatan jerawat sering kali bertanya - "........saya boleh pakai foundation tak?" ataupun  "........saya boleh pakai make-up tak?" dan jawapan saya adalah, "Tidak boleh sama sekali."

Ini adalah kerana foundation akan menyebabkan liang tersumbat lebih teruk dan anda juga mungkin mendapat reaksi dari pewarna tiruan yang mengandungi bahan kimia dan juga pengawit yang sudah semestinya terdiri dari bahan kimia.
Kosmetik konvensional menggunakan bahan-bahan yang dapat memberikan reaksi yang negative terhadap kulit anda. Saya senaraikan beberapa bahan yang kerap kali digunakan dan kesannya pada kulit.

  1. Serbuk Talkum - menyebabkan liang tersumbat. Ianya digunakan dalam loose powder.
  2. Bahan kimia Bismuth Oxychloride - menyebabkan radang pada liang.
  3. Mineral Oil - menyebabkan kulit berminyak bila berpeluh,liang tersumbat dan radang pada liang. Digunakan dalam foundation dan pembayang mata.
  4. Pewarna tiruan dari kimia - boleh menyebabkan radang kulit.
  5. Bahan Pengawet dari kimia - menyebabkan radang kulit.
Saya juga faham yang kebanyakan dari anda perlu memakai kosmetik untuk penampilan. Oleh itu, saya mula mencari-cari apakah kosmetik yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit bermasaalah seperti terlalu berminyak, jerawat dan sensitive.
Setelah sekian lama , hampir 2 tahun, saya menjumpai sejenis kosmetik yang mempunyai 4 ciri penting yang saya cari:
  1. Tanpa Bahan Pengawit
  2. Tanpa Pewangi
  3. Tanpa Pewarna Tiruan
  4. Tanpa Bahan Kimia.
Bonusnya, ia juga mengandungi Zinc Oxide , berfungsi untuk melegakan radang kulit serta antibakteria dan Titanium Oxide yang merupakan penabir suria UVA dan UVB, SPF 30.

Sifatnya kering dan bukan organic. Dengan itu, bakteria tidak boleh membiak kerana bakteria memerlukan lembapan untuk membiak. Ini memberi penjimatan yang tinggi kerana ianya tiada tarikh luput. Tidak seperti kosmetik konvensional yang mempunyai tarikh luput selama 1 tahun.
Memang terdapat banyak kosmetik mineral tetapi ianya berbeza DAN yg sgt sesuai ialah yang menggunakan 100% Mineral tulen.
Kosmetik yang menggunakan bahan asas mineral mungkin mengandungi :
  1. Vitamin C,A, K dan E - munkin asli @ kimia
  2. Ekstrak The Hijau dan Chamomile untuk melegakan radang
  3. Bahan-bahan mineral
  4. Talkum dan Bismuth Oxychloride.
Pilihlah Kosmetik Mineral yg 100% Mineral tulen tanpa paraben dan bahan tambahan. Hanya mineral tulen. Ia hanya di bekalkan melalui juruestetik dan hanya boleh didapati dipusat-pusat rawatan Estetik.
Saya paparkan wajah sebelum dan selepas memakai  Kosmetik Mineral. Ianya kelihatan lebih natural & ringan.
untuk maklumat lebih lanjut tentan kosmetik mineral yg saya kongsikan disini bolehlah wsup saya di www.wasap.my/60182722702


MASALAH JERAGAT DAN RAWATANNYA



Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia
Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh juru terapi anda.
Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

Rawatan untuk melasma.
Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:
1) Oxycryo therapy Facial
NILAH ERTI SEBENAR KECANTIKKAN DALAMAN..
OXYCRYO THERAPHY (Salah satu terapi paling hot di Ns Aesthetic Beauty Centre Muar)
Mesin Terapi OKSIGEN untuk kulit ini didatangkan khas dari korea. Dengan 4 langkah utama, selamat, tiada kesan sampingan dan anda akan rasa perbezaannya walaupun pada kali pertama.

OXYCRYO - Rahsia Penjagaan Wajah Selebriti Ternama
Terapi Oxygen Facial terkenal sebagai Ultimate Facial terapi di kalangan selebriti ternama dunia dan ianya merupakan terapi yang hampir sempurna bagi mengekalkan KEREMAJAAN kulit anda. Rawatan ini turut terkenal sebagai skin booster go to treatment terutama bagi yang inginkan kulit gebu gebas dengan pantas.
 
Therapy muka Oxycryo ni bukan laser, amat sesuai untuk orang Malaysia sebab terapi ini boleh mencerahkan muka dengan technique cooling with oxygen. Menggunakan 100% oxygen infusion ke dalam kulit muka (tanpa suntikan) di campur dengan whitening serum. Memang hasilnya.. wow, flawless..
 
Jom try OXYCRYO hari ni.. memang best
  • KULIT BERJERAGAT?
  • KULIT KUSAM?
  • KULIT NAMPAK TAK BERMAYA?
  • DI NS AESTHETIC BEAUTY CENTRE MUAR, OXYCRYO INI JALAN PENYELESIANNYA.

APA ITU OXYCRYO?

  1. Ia merupakan satu instrumen yang menggunakan bahan khas oksigen aktif untuk kecantikan.
  2. Penggunaan oksigen tulen membolehkan lapisan kulit menyerap oksigen yang mencukupi untuk meningkatkan daya hidup kulit, menentang penuaan, meningkatkan imuniti, dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia boleh mengawal keseimbangan nilai PH kulit, untuk membantu mengekalkan kesan bersih kulit, dan membuat kulit lebih sihat
  3. Oxycryo merupakan satu Signature Therapy dalam kategori Fundamental Facial Treatment di NS AESTHETIC BEAUTY CENTRE MUAR & ia merupakan teknologi yang sepenuhnya dari Korea. Ia membantu membaiki kulit kusam, membersihkan & menyegarkan kulit wajah.

Image may contain: text
KAEDAH MERAWAT JERAWAT DARI LUARAN


Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. 
Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.
 Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.
Dalam entri ini dan entri minggu hadapan, saya akan menceritakan kepada anda tentang bagaimana cara untuk merawat jerawat terlebih dahulu kerana saya yakin topik itu yang paling dinantikan oleh semua. 
Sebagai seorang Esthetician pakar dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat, saya telah menemui ramai pesakit yang inginkan kulit mereka bebas dari masalah jerawat, tidak kira kronik atau pun biasa. 
Selain menerangkan punca berlakunya masalah jerawat, saya juga memberitahu mereka bahawa rawatan ini boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah. 
Kaedah-keadah yang dimaksudkan termasuk kaedah rawatan jerawat secara dalaman dan juga secara luaran. Untuk artikel hari ini, saya akan berkongsi dengan anda secara ringkas bagaimana untuk merawat masalah jerawat secara luaran.
1. Mencuci Muka - Ini adalah satu kaedah umum untuk mengatasi masalah jerawat dan ianya perlu dilakukan sebanyak dua-empat kali setiap hari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. 
Anda hanya disyorkan untuk mencuci muka dengan pencuci yang khusus untuk jerawat sebanyak 2-4 kali sehari sahaja tanpa perlu scrubbing.
 Ini untuk mengelakkan kulit muka anda terlampau kering kerana pencuci muka akan mengakibatkan minyak yang dihasilkan untuk melindungi kulit muka anda dijangkiti kuman hilang. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.

2. Menggunakan Oil control Serum - Anda boleh menggunakan serum yang tidak mengandungi alkohol yang tinggi kerana alkohol bertindak untuk mengeringkan kulit dan hal ini akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan pengeluaran minyak yang lebih banyak untuk memberi kelembapan yang asli kepada kulit muka.
Image may contain: one or more people

3. Menggunakan Krim Jerawat - Penggunaan krim jerawat juga penting untuk merawat masalah jerawat dari luar. Namun begitu, pastikan anda menggunakan krim jerawat yang mempunyai kandungan Vitamin C & vitamin E.



4. Menggunakan Pelembap Muka - Farmasi ataupun pasaraya menjual pelbagai jenis pelembap muka tetapi saya sangat menyarankan anda menggunakan pelembap muka dalam bentuk gel kerana ia adalah lebih sesuai digunakan sekiranya kulit muka anda berminyak dan berjerawat.




kesimpulannya😎

Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anda agar tidak membeli set skincare muka berdasarkan pada jenamanya tetapi peka dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan tersebut. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan jerawat yang betul dan tidak hanya membazirkan wang untuk membeli produk-produk di pasaran yang lebih mahal tetapi kurang berkesan ke atas penyakit jerawat anda.






Monday, 17 September 2018

JENIS-JENIS JERAWAT SERTA PERBEZAAN JERAWAT ~ RESDUNG

Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda mengenai punca-punca permasalahan jerawat yang mungkin anda tidak tahu atau hanya berteka-teki saja selama ini. Saya juga telah terangkan persepsi masyarakat yang salah mengenai kaedah rawatan jerawat yang rata-ratanya menganggap bahawa ianya boleh dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan resdung. Jika anda belum membaca artikel tersebut, anda boleh baca di sini Punca Jerawat dan Salah Anggap Masyarakat Tentang Kaedah Rawatannya.


Bagi blog kali ini, saya akan kongsikan dengan anda jenis-jenis jerawat. Di samping itu, saya juga akan menerangkan kepada anda perbezaan-perbezaan antara jerawat dan resdung agar anda lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.

Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaan udara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.

  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

Image result for acne vulgaris

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)
  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.

  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari pakar/esthetician untuk mendapatkan rawatan terperinci bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

Image result for acne vulgaris

3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

Image result for Acne Rosacea

4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:-

Image result for Pyoderma Faciale folliculitis

Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.