Mempunyai liang pori besar dan terbuka boleh membuatkan kulit menjadi kusam dan kasar.
Pori terbuka juga boleh membawa kepada komplikasi lain seperti bintik hitam dan jerawat. Faktor-faktor seperti tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat juga menyumbang kepada pembukaan pori-pori.
Ingin tahu cara paling berkesan untuk mengecilkan liang pori? Ikuti tips khas daripada kami dibawah.
Basuh Muka
Mungkin ini adalah perkara yang menjadi rutin harian anda setiap kali bangun pagi bukan? Tetapi anda boleh mengamalkan sekerap yang mungkin.
Dengan membasuh muka secara kerap ia akan membersihakn muka anda daripada kotoran yang tersumbat didalam kulit seperti habuk, minyak mahupun bakteria yang membuatkan liang pori terbuka.
ESTEE BEAUTY SKINCARE perkenalkan Cleansing Foam yangmana mempunyai buih foam & ph 4.5. Stuktur Cleansing Foam ini adalah pekat, oleh itu anda hanya perlukan satu picitan sahaja. Baunya segar dan terasa bersih sangat kulit selepas mencuci. Sangat2 sesuai untuk digunakan sekerap mungkin untuk mencuci muka yg mempunyai jenis kulit minyak @ hyper oil secreations.
Skrub {LOTUS}
Biji Teratai banyak manfaatnya pada kesihatan badan dan kulit . Ia boleh membuangkan sisa minyak tersumbat di wajah anda dan mampu untuk mengecilkan liang pori tanpa mencederakan lapisan kulit muka.
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.
Kesimpulan
Anda harus memastikan wajah sentiasa bersih agar tiada kekotoran yang dapat melekat dan membuatkan liang pori tersumbat. Selain itu, anda juga harus mengamalkan diet sihat dan amalkan memakan buah-buahan dan sayuran dengan lebih.
Untuk sebarang Pertanyaan berkaitan Produk & Rawatan sila whatsapp ke:-
www.wasap.my/060182722702
Monday, 22 January 2018
Ketahui 6 Khasiat Minyak Jojoba Untuk Kecantikan & Rawatan Bio-Detox Facial
Minyak jojoba atau jojoba oil adalah ekstrak minyak yang diambil daripada biji tanaman jojoba. Terlalu banyak khasiat daripada minyak jojoba untuk kecantikan wanita, di antaranya kecantikan kulit, rambut dan kuku.
(Facial External Detox Capsule Ultrasonic Beauty Instrument Special discharge lead discharge mercury whitening light spot Export melanin)
Selain melembabkan kulit kepala dan mencegah kelemumur, minyak jojoba menyihatkan kulit kepala. Jika kulit kepala anda kering, minyak jojoba bertindak sebagai penganti sebum,melembabkan folikel rambut dan mencegah rambut menjadi kusut serta kasar. Untuk rambut kering dan kasar, anda hanya perlu menambahkan beberapa titis minyak jojoba ke perapi rambut. Gunakan seperti conditioner atau perapi biasa, kemudian bilas sehingga bersih. Rambut anda akan nampak lebih sihat dan bersinar.
Minyak jojoba juga boleh menjadi pelembab muka kerana sifatnya sama seperti minyak yang dikeluarkan oleh kulit semulajadi manusia. Minyak jojoba sangat serasi dengan kulit manusia. Penggunaan minyak jojoba sebagai pelembab menjadikan kulit lembut dan mampu mencegah kekeringan kulit.
Keunikan rawatan BIO-DETOX FACIAL dengan JOJOBA CAPSULES
Salah satu kebaikan rawatan ini ialah meneutralkan kulit wajah yg berasid & rosak akibat pengunaan kosmetik yg berlebihan. Melalui rawatan yg kerap akan melembab & melembutkan kulit wajah anda....
Nak cuba?? whatsapp : 018-2722702. Paling BEST Trial Facial ini cuma bermula dari harga RM69.00 sjaaaa...!!!!!!
Minyak jojoba tidak menyebabkan jangkitan mata atau alergi sehingga anda boleh menggunakannya sebagai pembersih solekan mata. Minyak jojoba juga boleh digunakan untuk membersihkan sisa-sisa mekap pada wajah seperti bedak, lisptik, maskara dan pemerah pipi.
Bagi anda yang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sapukan minyak jojoba ke bibir secara rutin. Penggunaan minyak jojoba pada bibir akan membantu melembabkan serta melembutkan kulit bibir. Minyak jojoba juga boleh digunakna sebagai pengganti lip balm.
6. Mencantikan Kuku
Minyak jojoba memberikan kecerahan pada kuku yang kusam serta memperindahkan kuku yang mula rosak dan kering. Ini adalah kerana minyak jojoba mengandungi minyak essential semulajadi serta mempunyai pelbagai nutrisi seperti vitamin E yang bagus untuk kuku.
Pilihlah Produk Pemutih Wajah Yang Bagus & Selamat
Sebagai wanita tentu sahaja anda teringin untuk memiliki kulit wajah yang putih dan nampak ‘fresh’. Anda pasti juga tercari-cari produk pemutih wajah yang mampu membuatkan kulit anda nampak lebih cerah, namun anda diingatkan supaya lebih berhati hati dalam membuat pilihan.
Kini, produk pemutih wajah cukup mudah boleh anda peroleh, dari harga yang cukup murah sampailah harga yang mahal. Semuanya ada di pasaran, jadi sebab itulah anda perlu lebih teliti ketika memilih produk pemutih wajah ini. Pastikan anda mengetahui kandungan yang terdapat di dalamnya, dan jangan biarkan zat kimia berbahaya merosakkan wajah anda. Apatah lagi kebanyakan produk pemutih wajah ini mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri yang boleh membuatkan kulit menjadi rosak, kering, berjerawat sehingga mengalami kanser kulit.
Efek Buruk Buat Kulit
Produk pemutih wajah yang bagus sudah pasti tidak akan memberikan efek buruk pada kulit ketika anda menggunakannya.Pada awal penggunaan produk pemutih wajah yang berbahaya, kulit wajah anda nampak kemerahan, kulit mengelupas sehingga proses pemutihan menjadi lebih cepat, kulit terus menjadi nipis dan mudah membengkak yang mana akhirnya membawa kepada kanser kulit.
Anda perlu tahu, proses pemutihan kulit yang cepat dengan cara pengelupasan bukanlah cara terbaik untuk membuat warna kulit menjadi lebih putih.Kulit yang mengelupas yang menjadi nipis itulah yang akan mendatangkan pelbagai masalah kulit yang membahayakan kecantikan kulit wajah anda. Malahan, pemakaian produk pemutih wajah yang berbahaya ini juga akan membuatkan kulit wajah anda menjadi biru kehitaman.
Selain bakal berhadapan dengan kanser kulit, jika ‘termakan’ ia akan merosakkan buah pinggang dan sistem penghadaman.Efek buruk penggunaan produk pemutih wajah ini akan kelihatan lebih jelas jika dipakai secara berterusan dalam tempoh waktu yang lama.
Untuk menghindari produk pemutih wajah berbahaya ini, lebih baik anda beralih pada penggunaan pemutih wajah dari produk yang berkandungan natural. Cara pemutih wajah ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan nutrisi tinggi yang sememangnya diperlukan oleh wajah anda.
Berikut adalah rahsia memutihkan wajah secara semulajadi:
Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk
ESTEE BEAUTY SKINCARE
sila whatsapp ke
www.wasap.my/060182722702
SERUM UNTUK WAJAH PERLU Dipakai Dengan Betul..!by DatinAinie
SERUM KULIT WAJAH..!!
Adakah wajah anda nampak kusam dan tak bermaya?
Anda pernah mencuba serum untuk wajah anda?
Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udaran dan kepanasan sinaran mentari juga boleh merosak sel-sel kulit wajah.
Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadinya hilang. Apatah lagi apabila anda menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya anda selalu menggunakan serum wajah.
HARGA PROMOSI : RM69.00
Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, prosesnya jadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.
Tetapi tidak ramai wanita yang menggunakan serum, memandangkan harga serum ini rata-ratanya lebih mahal jika dibandingkan dengan produk rawatan kulit lain.
Tapi tahukah anda, walaupun agak mahal tetapi manfaatnya lebih bagus daripada moisturizer. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produsi kolagen pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan moisturizer berguna untuk melembabkan bahagian luar kulit. Manakala tugas serum bukan di permukaan, sebaliknya lapisan kulit yang lebih dalam.
Cara Terbaik Memilih Serum
Pilihlah serum yang mengandungi bahan ‘glicane’ kerana ia berupaya membuatkan kulit menjadi lebih tegang, halus dan sihat.
Jika anda WANITA YG GEMAR BERSOLEK, serum sangat penting untuk membuat kulit wajah kelihatan flawless ketika menggunakan mekap.
Sebaiknya pakai serum pada pagi hari sebelum menggunakan moisturizer, dan malam hari sebelum tidur untuk mengaktifkan sel-sel kulit dari dalam.
Pemakaian serum wajah secara rutin juga lambat laun akan membuatkan wajah jadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah pun secara perlahan-lahan akan pudar.
Cara Menggunakan Serum Wajah Yang Betul
Sekiranya anda rutin menggunakan serum untuk wajah bagi perawatan kulit sehari-hari, ada perlu tahu cara penggunanya yang tepat.
1. Setelah anda mencuci atau membersihkan wajah dengan sabun pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.
2. Jika anda memiliki kulit yang sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum anda memakai serum untuk wajah.
3. Anda tidak perlu melewatkan rutin harian anda memakai pelembab wajah. Sebaliknya gunakan serum terlebih dahulu kemudian baru pakai pelembab.
4. Jika anda ingin berjimat cermat dalam penggunaan serum wajah ang mana memiliki harga yang agak mahal, jadi anda boleh pakai serum wajah pada sebelah siang atau pada malam hari.
Nota Kaki: Jika suka dengan artikel ini, SHARE ya dengan kawan-kawan anda.
Kulit merupakan elemen penting dalam penampilan. Apa kata hari ini anda dapatkan tip cara atasi kulit kering di sini..
Disebabkan efek buruk daripada masalah kulit kering ini penampilan kulit anda nampak tua, sedangkan usia anda masih muda!
Banyak faktor yang menyebabkan kulit kering walaupun sudah disapu kering pelembab. Antaranya perubahan cuaca, pemilihan produk kecantikan yang tidak tepat, terkena sinaran matahari dan sebagainya.
Jika anda merasakan kulit anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, cubalah tips berikut. Hindari apa sahaja yang boleh membuatkan kulit menjadi kering supaya anda selalu kelihatan awet muda.
Cara mengatasi kulit kering dan bersisik:
1) Jangan berendam terlalu lama di dalam air.
2) Jangan gunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mandi.
3) Jangan terlalu kerap mencuci muka.
4) Gunakan selalu pelembab setelah membasuh muka. Jika kulit terasa tegang atau perit, bermakna ia memerlukan pelembab. Pilih pelembab yang tidak menyumbat liang pori-pori dan membuatkan kulit nampak kusam. Pelembab yang bagus tidak meninggalkan kesan berminyak setelah dipakai.
5) Basuh pembersih muka sehingga bersih kerana lapisan sabun yang melekat di kulit boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Pilihlah pembersih muka dengan formula lembut.
6) Selalu sapukan losyen selepas mandi untuk menjaga kelembapan kulit.
7) Untuk menghindari dehidrasi yang menyebabkan kulit kelihatan kering dan berkedut, sebaiknya perbanyakkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari serta pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.
8) Hindari terlalu banyak terdedah kepada alat penghawa dingin dan sinaran matahari.
9) Untuk melindungi kulit telapak tangan, gunakan sarung tangan atau pelindung tangan jika bersentuhan dengan ‘detergent’.
10) Bersenam akan menambah pengaliran darah sehingga dapat menyokong nutrient ke kulit.
11) Dapatkan rehat dan tidur yg secukupnya, sekurang-kurangnya 8 jam pada waktu malam. Tidur sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.
12) Makan makanan yang berkualiti. Elakkan mengambil makanan yang berkanji, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek-kerepek secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada masalah kulit kering.
13) Jauhi pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menjadikan kulit bertambah kering.
Jika suka dengan artikel ini, SHARE ya dengan kawan-kawan anda.
Untuk dapatkan khidmat Rawatan Kulit wajah kaedah Aesthetic bolehlah layari
FaceBook Datin Ainie / Ns Aesthetic Beauty Centre @
boleh whatsapp terus ke
www.wasap.my/060182722702
Punca Kulit Kering Dan Gatal Serta Cara Mengatasinya
Ditulis oleh DatinAinie pada Januari
Bukan itu sahaja, ubat-ubatan untuk masalah seperti diabetes, psoriasis atau maltrunisi juga boleh menyebabkan masalah kulit kering yang teruk. Teruskan bacaan anda untuk memahami bagaimana dan kenapa masalah-masalah yang dinyatakan mengeringkan kulit anda.
Memahami Masalah Kulit Kering dan Gatal
Kulit sihat yang normal di lapis satu lapisan lipid semula jadi atau lapisan bahan berlemak. Lapisan ini yang memastikan kulit sentiasa lembab menjadikan kulit sentiasa lembut dan anjal.
Kulit kering atau terma perubatannya, xerosis biasanya disebabkan oleh persekitaran atau anda telah lakukan sesuatu terhadap kulit, yang menyebabkan minyak berlemak terhakis menyebabkan kulit anda tidak dilindungi. Jarang sekali ia disebabkan masalah dalaman. Selalunya masalah kulit kering ia berpunca daripada keadaan kesihatan, monopause atau genetik.
Meskipun sekelompok kulit kering yang gatal boleh muncul di mana-mana, ia biasanya dibahagian tangan, lengan, tapak kaki dan abdomen. Jika ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan dermatitis, bengkak, kembang dan jangkitan. Meskipun ia masalah luaran, kebanyakkan rawatan untuk kulit kering juga melibatkan rawatan luaran. Dengan penjagaan kulit kering yang rapi, biasanya masalah terbebut boleh diatasi.
Salah Guna
Pelembab Punca
Kulit Kering Dan Gatal
Jika anda menghadapi masalah kulit kering, barangkali anda telah mencuba pelbagai jenis pelembab kulit. Walaupun ia salah satu cara rawatan penting, pakar mengatakan cara penggunaannya salah dan tidak betul.
Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah mengaplikasikan pelembab masa yang tidak sesuai. Masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pelembab adalah selepas mandi pada ketika kulit masih lembab. Apabila anda menyapu pelembab, pastikan kulit anda tidak basah sebaliknya lembab. Pelembab akan membantu memerangkapkan kelembapan yang terdapat pada kulit.
Pada masa yang sama, anda perlu dapatkan krim pelembab yang betul dan sesuai untuk kulit anda. Pakar kulit mencadangkan anda mendapatkan krim pelembab kulit yang sederhana dan tidak mengandungi alkahol atau pewangi. Tidak semestinya anda mendapatkan krim yang mahal. Ada kalanya krim pelembab yang murah lebih memberikan kesan yang terbaik.
Udara Kering Punca Kulit Kering Dan Gatal
Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin. Ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.
Begitu juga jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk. Kulit anda akan mengalamai masalah kulit kering yang dikenali sebagai “winter itch”.
Sapukan krim pelembab terlebih dahulu sebelum anda masuk kawasan berpenghawa dingin untuk satu jangka masa yang panjang.atau jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk, pastikan anda menggunakan pakaian yang tebal lengkap dengan topi atau snowcap, skaf dan sarung tangan apabila anda di luar.
Mandian Air Panas Yang Lama Punca Kulit Kering Dan Gatal
Pendedahan kepada air mandian terutamanya mandian air panas lebih-lebih lagi mandian bath yang lama, ia boleh menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi kulit anda. Jika kulit anda terasa ketat selepas mandian, ia bermakna kulit anda sedang mengering.
Jika anda terbiasa dengan mandian bath yang panas, bertukar kepada mandian pancuran air. Jika anda terbiasa dengan air panas, bertukar kepada air yang suam. Ahli dermatologi menasihatkan mandi terlalu lama jika anda mempunyai masalah kulit kering.
Selepas itu, tekap bukannya menggosok badan dengan tuala sehingga kering. Kemudian sapukan krim pelembab kepada kawasan kulit yang dikehendaki. Pastikan krim pelembab tersebut sesuai dengan kulit anda untuk mengelakkan sebarang masalah.
Sabun Punca Kulit Kering Dan Gatal
Sabun juga boleh menjadi penyumbang dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Ini kerana ia mampu menghakis dan membuang minyak semulajadi yang terdapat pada kulit. Minyak semulajadi ini yang menghalang air dari diserap keluar dari kulit.
Meskipun telah dinasihatkan oleh doktor untuk sentiasa membersihkan tangan secara kerap, ia boleh mendatangkan masalah. Ironinya mencuci tangan secara berlebihan dengan sabun akan mengeringkan kulit seterusnya menyebabkan kulit merekah dan berdarah serta boleh membawa kepada jangkitan kulit. Elakkan juga penggunaan span yang kasar, kerana ia juga boleh menghakis lapisan minyak kulit.
Membeli sabun tidak sesuai dan yang kasar seperti sabun anti bakteria yang menghasilkan banyak buih sebenarnya membuang minyak dari permukaan kulit apabila kering. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, adalah dicadangkan anda mencari “mild skin cleanser” dari membeli sabun.
Pencuci muka Estee Beauty ini diperkaya dengan pelembab, antioksidaan dan vitamin. Ia juga mengandungi 100% bahan semulajadi .
Pencuci muka Estee Beauty ini telah membantu merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti jerawat,kulit kering,eczema dan banyak lagi. Bahan aktif dalam semburan ini dapat melembabkan kulit untuk mengelakkan kulit kering dan gatal akibat daripada cuaca kering, mandian air panas dan sabun yang kasar. Ia mampu menghilangkan kegatalan akibat kulit yang sensitif atau ruam yang tumbuh.
Selain daripada itu, ia juga dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sesuai untuk anda jika mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia bertindak dengan membersih, mengecil dan menutup liang pori, yangmana menjadi punca bakteria berkumpul dan menyebabkan jerawat .
Ia juga memudarkan parut jerawat dan jeragat. Sehubungan itu juga, ia mengekalkan pH pada wajah dan menyergarkan kulit yang terdedah pada sinaran UV. Ia juga menjadikan kulit lebih segar, sihat & bersinar. Kulit anda akan kelihatan lebih cantik secara semulajadi.
Testimoni Estee Beauty Cleanser Untuk Kulit Kering Dan Gatal
Lihat bukti dari pengguna yang mengamalkan produk ini. Rata-ratanya mengatakan mereka telah jatuh cinta dengan texture pencuci muka ini. Perubahan dapat dilihat dari kulit kering, ia kembali segar dan yang mengalami masalah ruam, kulit kembali pulih seperti sebelumnya. Kata-kata dari pengguna adalah bukti ia mampu merawat dengan berkesan.
Produk ini sesuai digunakan untuk semua lapisan umur. 100% menggunakan bahan semula jadi dan tidak mengandungi merkuri yang merbahayakan kesihatan. Ianya mendapat kelulusan KKM serta Bersih dan Halal digunakan. Anda boleh dapatkan dengan melayari laman sesawang atau menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp di: