Monday, 2 February 2015

Kesan Buruk RESDUNG Jika TIDAK DIRAWAT



D’RESDUNG HERBAL CANDLING/ROKOK RESDUNG untuk “Rawatan Kecantikan”

Selain bidang rawatan resdung tradisional, ia juga amat berkesan mencantikkan wajah. Seperti yang dinyatakan, bahan ini mengeluarkan wap panas yang boleh membunuh PARASIT DEMODEX dan bakteria-bakteria di sekitaran wajah. Prosesnya berlaku begini:

·         Apabila wap panas (sebenarnya suam, tak sakit pun) di se'merata'kan ke atas wajah, ia seperti memberi senaman kepada urat-uratan di dalaman.
                                                                           
·         Tindakan ini akan membuatkan peredaran darah aktif, seolah-olah ia di'kejut'kan.

·         Mana-mana saluran yang tersekat, akan clear. Saluran yang tersekat, akan mengakibatkan jerawat.

TIGA perkara ini hasilnya: kulit menjadi tegang, sihat dan berseri.

Untuk kulit rosak (berjerawat): inilah cara terbaik memberi senaman pada muka tanpa perlu menggunakan tangan / jari atau komponen seperti jarum yang berisiko mengakibatkan jangkitan. Kini anda tahu D’RESDUNG HERBAL CANDLING bukan semata-mata bagi merawat penyakit RESDUNG, tetapi turut sama bertindak memberikan rawatan kesegaran, kecantikan pada wajah. Bahannya tiada mengandungi apa-apa bahan kimia atau asid yang boleh memberi kesan mudarat kepada para penggunanya. Bayangkanlah kalau anda mengamalkan rawatan ini seminggu dua kali secara berterusan. Parasit2 Demodex dan bakteria-bakteria yang ada pada wajah dapat dicuci serta dihapuskan. Ia turut mampu menanggalkan daki-daki di muka.

Ringkasannya; ia salah satu petua awet muda terbaik yang ada.

Info: Anda boleh lakukan teknik rawatan D’RESDUNG HERBAL CANDLING ini bila-bila masa saja anda mahu. Tiada kesan negatif di setiap kali buat. Malahan, lebih rajin amal, lebih tegang dan berseri kulit jadinya. Sebab banyak kuman mati. Kuman-kuman inilah penyebab utama kerosakan dan wajah kusam.Kesan rawatan rokok resdung ini adalah serta-merta!


Apakah D'RESDUNG HERBAL CANDLING

Mengesyorkan: 

 D'Resdung Herbal CANDLING!

Apakah D'RESDUNG HERBAL CANDLING dan bagaimana pula ia boleh dikaitkan sebagai PENAWAR kepada penyakit RESDUNG?

Sesetengah tahu, selebihnya tidak. Adakah D'RESDUNG HERBAL CANDLING itu rokok? Bukan! D'RESDUNG HERBAL CANDLING adalah suatu cara perubatan yang dicipta oleh pengamal pengubatan tradisional yang bersungguh-sungguh mengkaji bagi mencari jalan penyelesaian ke atas penyakit resdung. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Lilin MADU Resdung.
Barangan ini amat kurang penggunaannya kerana ia ternyata sukar didapati. Akibat dari ini, ramai yang masih tidak mengerti serta kurang arif tentang cara penggunaannya. Ditambah lagi dengan cara adunan dan bahan digunakan yang rata-rata menjadi 'misteri' kepada kebanyakkan orang. Tapi hakikat sebenar; penawar resdung ini terbukti dapat membantu menghapuskan permasalahan resdung dan jerawat dengan berkesan kalau kena caranya.

Info: Terdapat beberapa jenis yang dikaitkan dengan D'RESDUNG HERBAL CANDLING. 
Kategorinya termasuk:

i.                  di'tangas', duduk membongkok sambil wajah dibiar terkena aliran asap.

ii.              dihisap / sedut macam rokok biasa (tak sesuai untuk kebanyakan orang).

iii.           dibakar batangnya, sambil pegang; asap bagi terkena pada sekitaran wajah.

iv.            Bakar hujung atasnya, lalu corong bawah terkeluar asap wap (lembut). Wap ini dituju ke wajah.


Jenis yang saya ceritakan di laman web ini adalah yang ke-iv. Jenis paling popular dan paling berkesan.



Wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa PARASIT Resdung keluar - seumpama 'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut). Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut akan mematikan PARASIT DEMODEX yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat

  Bahaya:

Memicit jerawat. Picitan akan memudaratkan lagi kerana jari jemari berserta kuku mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan. Elakkan sebaik mungkin melakukan perkara ini. Kalau mahukan jerawat tu di'picit' dan pecah, gunalah D’RESDUNG HERBAL CANDLING kerana wap panas + herbalnya akan mematikan PARASIT DEMODEX secara gentle, on the spot!


 Kulit berminyak:

Kulit jenis ni mengeluarkan 'sebum'(cecair) yang berlebihan akibat lubang pori di dalaman sudah 'pecah'. Kulit berminyak bukan normal. Ia adalah suatu penyakit. Petanda bahawa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Jadi, cara rawatan adalah dengan memperbaiki saluran pengaliran di dalaman tu.
Sekali lagi D’RESDUNG HERBAL CANDLING memainkan peranan: Wap ia bertindak mengeringkan kulit wajah (walaupun sangat berminyak). Sikit demi sedikit saluran minyak yang terpecah tu boleh 'dipanaskan' supaya kering dan tertutup.


Sunday, 1 February 2015

Masalah Resdung & Jerawat Kronik, Batuk Berkahak, Bersin, Gatal Hidung, Bernanah dan Sakit Mata.

Web site Penyelamat INI KHAS
buat mereka yang mengalami masalahResdung dan Jerawat Kronik, Batuk Berkahak, Bersin, Gatal Hidung, Bernanah dan Sakit Mata. Penting:  sila baca!



Adakah gejala / simptom tersebut sering menganggu aktiviti seharian lalu menyebabkan anda rasa tidak selesa? Kalau ya, hari ini adalah hari bertuah anda. Sebab saya akan SERIUS membantu anda menghapuskannya! Kerana saya TAHU, bagaimana:



Kepada mereka yang terlibat dengan masalah jerawat degil, bisul, nanah, lendir tersekat atau apa jua penyakit yang satu keluarga dengan Resdung, maka website ini ada semua kelengkapan yang diperlukan bagi membantu anda mengubati serta menghapuskannya ! Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi masa kepada diri membaca serta memahami segala tertulis dengan baik. Bertenang dan jangan risau.




Jangan biarkan jerawat dan resdung anda sampai ke tahap teruk macam ni. Terlebih dahulu, biar saya terangkan mengenai penyakit resdung yang berada di tahap kronik. Resdung sebenarnya adalah sebuah 'pintu' kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada.
Makna: pada mulanya Resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi berat. Kulit pula akan ketara nampak bermasalah (seperti jerawat nanah, merah dan bisul.) Dan bila kuman resdung ni dah banyak, maka ia akan membuat sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit. Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya (tu pasal bila picit muka, keluar benda putih kecik). Ini adalah tapak resdung. Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat.
Seterusnya, pertahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat ceroboh masuk. Dan bila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain, maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih berat. Merujuk pada gambarajah di bawah, ini adalah hasil kerosakan yang boleh berlaku akibat dari pengabaian yang 'total' (tidak mengambil berat soal penjagaan kesihatan ataupun mengamalkan cara yang SALAH.) Jadi, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup sihat.


Salah satu penawar paling berkesan mengubati / melawan / menghalang penyakit tersebut dari terus merebak adalah: dengan meng'wap' (atau meng'asap'kan) wajah menggunakan bahan yang bernama: Rokok Resdung.
Bahan ini diperbuat dari ramuan yang telah diadun sebati bagi mengatasi kuman-kuman yang menjadi penyebab kepada permasalahan Jerawat dan Resdung. Sememangnya pelbagai pihak menawarkan produk seperti ini tetapi yang menjadi perbezaan adalah: bagaimana, siapa dan apa ramuan yang digunakan?
Tiga perkara ini adalah penting untuk anda telitikan. Maksud saya;bagaimana cara pembuatannya? Adakah ia kemas atau tidak? Bersih atau tidak? Siapa pula; adakah orang itu mahir dan tahu dengan sebenar-benarnya tentang apa yang diperbuat? Dan adakah ramuan yang digunakan serta diadun itu benar-benar menjamin hasil yang memuaskan terhadap para pengguna? Sila renungkan sejenak sebab perkara ini penting; kita tidak mahu membazir wang dan masa menggunakan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil!

Namun semua itu tidak perlu anda risau kerana di sini adalah tempat yang telah memberikan sepenuh usaha dalam menghasilkan barangan bernama Rokok Resdung ini.
'Penghasilannya' dibuat dengan begitu teliti bagi menghapuskan penyakit jerawat dan resdung sekalipun penyakit telah capai ke tahap SERIUS. Kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana anda boleh mengubati penyakit tersebut menggunakan barangan ini.

Mengesyorkan: Rokok Resdung Herbal!




BERBAGAI RAWATAN PROFESIONAL ESTESTIK UNTUK KULIT BERMASALAH DAN JUGA UNTUK KULIT SIHAT  DISEDIAKAN.









RAWATAN ALTERNATIF TERKINI YANG SANGAT BERKESAN

GUNA CARA BETUL UNTUK RAWAT RESDUNG








(HAMA RESDUNG/ PARASIT DEMODEX)


RAWATAN ALTERNATIF TERKINI YANG SANGAT BERKESAN

Pernahkah anda mengalami masalah hidung tersumbat akibat selesema?

Selain itu, hingus anda berwarna kuning dan pekat dan juga sering batuk serta berasa penat dan pening.
Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda. Anda tahu bahawa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih membuat anda tidak selesa dan sengsara.
Langkah yang terbaik anda pergi ke klinik setelah berdepan dengan masalah pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis iaitu resdung.

Apa reaksi anda?

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?
Resdung bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia tetap memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinandiri. Contohnya, anda mahu menjadi seorang yang produktif atau bersemangat tetapi kerap bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui situasi itu untuk tempoh lama.
“Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah Resdung (sinusitis).
“Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.
“Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.
“Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.
“Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus,” 

Apa itu Sinusitis??

Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Orang ramai sering salah  dengan istilah sinus.
Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.
“Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.

“Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya.
Pesakit akan merasa simtom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagaisimtom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.
Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam jangka masa pendek) dan kronik.

Punca Resdung

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan resdung. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.
Selain itu, radang selaput hidung yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan resdung kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.
Resdung turut berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus akan menyebabkan jangkitan kuman serta apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan resdung.
Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab kepada resdung.


Rawatan Alternatif Resdung

Resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan ‘ulat’ yang memakan muka. Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan ‘ulat resdung ‘ ini.
Antara yang paling terkenal teknik BERASAP iaitu asap daripada LILIN MADU & kain putih yang disaluti  herba2 terpilih yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.

TEKNIK SAYA...

Biar saya beritahu di sini: Saya ingin memberi anda suatu pengetahuan bagaimana untuk menyerang resdung yang sedang bermaharajalela di bahagian tekak anda. Di setiap kali anda bersin, tentu sekali anda merasa sakit dan gatal tak terhingga (mencengkam) di bahagian dalaman tekak anda bukan? Ataupun merasa gatal tak terkira di bahagian hidung sehingga terasa ingin menenyeh-nenyehnya. Cuba anda jilat di bahagian lelangit anda. Sekiranya terasa gatal, maka itu petanda resdung sedang bermaharajalela di serata dalaman wajah anda. Saya mempunyai cara dan penawar bagi menghilangkan kegatalan tersebut. Teknik rawatan saya bagaikan asid yang menyimbah ke seluruh bahagian tersebut dan menanggalkan kuman-kuman yang sedang bersangkut. Tentu anda terkejut kerana selepas ini, apabila anda bersin, tekak anda tidak akan merasa sakit lagi dan sekiranya anda menjilat lelangit dan bibir anda, kegatalan itu terasa seperti beransur-ansur hilang! Bahkan, mata anda yang berair dan gatal itu akan hilang kegatalannya! Percaya atau tidak, inilah teknik rahsia saya! Inilah jua kenyataan yang anda nanti-nantikan selama ini.

Baiklah, kita ungkapkan semula dengan lebih teratur dan terperinci.

  • ·         Sekiranya anda:merasa gatal di kelopak mata dan disetiap kali bangun tidur mengeluarkan tahi mata kuning yang seakan-akan nanah.
  Merasa gatal di bibir selepas memakan makanan tertentu (seperti durian, rambutan atau makanan laut).

  • ·         Merasa gatal di bahagian lelangit terutamanya dibahagian celah gigi.


  • ·         Sentiasa bersin yang menjerumuskan kepada keadaan susah untuk dikawal.

  • ·       Batang hidung gatal seolah-olah ada 'sesuatu' yang sedang bersarang dengan kukuhnya di situ.


  • ·         Tekak merasa sakit dan tajam terutama di waktu bersin.

                         
  • ·         Bahagian dalaman telinga merasa gatal dan adakalanya tersumbat.


  • ·         Jerawat degil timbul yang boleh mengakibatkan parut yang merunsingkan.


Berita baik kepada anda yang mengalami semua gejala yang tidak menyenangkan ini kerana melalui teknik saya, semua itu dapat di atasi!
Jadi, jangan berlengah lagi. Dapatkan  - Teknik Menghapuskan Resdung dan Jerawat' dengan harga yg sangat berpatutan sahaja, hari ini!

Ini adalah contoh-contoh jerawat yang boleh dihapuskan menggunakan kaedah saya.


Sila Ambil Perhatian!

Awas! Salah satu gejala yang mengerikan bagi jangkitan kuman resdung yang dibiarkan tanpa sebarang kawalan, mahupun menggunakan cara yang salah, akan mengakibatkan penyakit mata seperti ini. Bagi mereka yang mempunyai penyakit resdung, tentu sekali pernah merasa gatal di bahagian kelopak mata dan seringkali merasa tertarik untuk menggaru-garu bahagian tersebut. Seakan-akan terasa ingn terus menggaru dan menenyeh kelopak mata kerana merasa betapa 'sedap'nya melakukan sedemikian dengan harapan ianya akan hilang. Tidak, perbuatan tersebut kalau silap CARA akan mengakibatkan mata anda lama -kelamaan akan bertukar menjadi seperti ini. Oleh itu, berhati-hatilah. Atasi penyakit ini sementara peluang masih ada.


RAWAT SEBELUM PARAH
              
SILA DAPATKAN KETERANGAN LANJUT DARI ....
DATIN AINIE ~
QUALIFIED BEAUTY ESTHETICIAN THERAPIST
06-9556332/ 012-9712576 (WTAPP)