Mengesyorkan:
Facial + Rokok Resdung Herbal!
Facial + Rokok Resdung Herbal!
PAKEJ RAWATAN RSEDUNG
RM38-00
* SIMPLE FACIAL *
* CORONG ASAP HERBA *
* HERBAL MASK *
Apakah ROKOK RESDUNG dan bagaimana
pula ia boleh dikaitkan sebagai PENAWAR kepada penyakit RESDUNG?
Sesetengah tahu, selebihnya tidak.
Adakah Rokok Resdung itu rokok? Bukan! Rokok Resdung adalah suatu cara
perubatan yang dicipta oleh pengamal pengubatan tradisional yang
bersungguh-sungguh mengkaji bagi mencari jalan penyelesaian ke atas penyakit
resdung. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Lilin Resdung. Barangan ini
amat kurang penggunaannya kerana ia ternyata sukar didapati. Akibat dari ini,
ramai yang masih tidak mengerti serta kurang arif tentang cara penggunaannya.
Ditambah lagi dengan cara adunan dan bahan digunakan yang rata-rata menjadi
'misteri' kepada kebanyakkan orang. Tapi hakikat sebenar; penawar resdung ini
terbukti dapat membantu menghapuskan permasalahan resdung dan jerawat dengan
berkesan kalau kena caranya.
Info: Terdapat beberapa jenis yang
dikaitkan dengan Rokok Resdung. Kategorinya termasuk:
i. di'tangas', duduk membongkok
sambil wajah dibiar terkena aliran asap.
ii. dihisap / sedut macam rokok
biasa (tak sesuai untuk kebanyakan orang).
iii. dibakar batangnya, sambil
pegang; asap bagi terkena pada sekitaran wajah.
iv. Bakar hujung atasnya, lalu
corong bawah terkeluar asap wap (lembut). Wap ini dituju ke wajah.
Jenis yang saya ceritakan di laman
web ini adalah yang ke-iv. Jenis paling popular dan paling berkesan.
Wap
asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan
jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa Ulat Resdung keluar - seumpama
'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut).
Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi
kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut
akan mematikan kuman yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat.
No comments:
Post a Comment