Friday, 7 June 2013

Komplikasi Resdung Tahap Kronik


Gambarajah menunjukkan; tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman/parasit resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.

Komplikasi Resdung Tahap Kronik (atau petanda ke arah itu):

·  Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata dan selsema yang           berpanjangan.

Saluran dalaman muka sudah di'block' dengan banyak. Mukus berkumpul sehingga pengaliran udara ke mata terganggu - membuatkan mukus yang bertukar jadi nanah di'pam' ke mata. Mata akan mula terasa berat dan letih. (Rasa nak picit, cungkil pun ada.) Tahi mata 'terkumpul' di kala bangun tidur yang membuatkan mata 'tertutup' dan perlu dibasuh bagi membuka serta melihat semula. Bila dipicit, nanah (kekuningan) keluar (di bahagian bawah kelopak).

·        Jangkitan Otak (menginitis)

Amat merbahaya jika ianya sudah merebak ke bahagian otak kerana kuman-kuman/parasit resdung itu akan bercampur-aduk dengan bakteria serta organisma di bahagian sana (yang asalnya tidak berupaya mencipta penyakit kritikal). Kebanyakkan penyakit kritikal, kanser salah satunya: bermula dengan nanah-nanah mencemari organ dalaman. Tentu anda pernah dengar doktor selalu membuang 'ketumbuhan' apabila merawat kanser. 'Ketumbuhan' ini, adalah daging rosak yang dipenuhi kotoran, kuman & bakteria perosak ('virus' gelaran barunya sebab nama itu adalah untuk kategori kuman yang lebih kuat dari sekadar biasa-biasa). Oleh itu, 'cair, pecah dan kering'-kan nanah ini bagi menghalang ia merebak. (Rawatan NS BEAUTY CENTRE mampu lakukan tugas ini - teruskan membaca.)

·        Sakit tekak yang kronik. Alahan hidung atau hidung sensitif.

Perokok tegar - memberi pertolongan kepada kuman resdung melarat lebih jauh melalui nikotin yang disedut. Nikotin mempunyai kandungan 'membunuh sel' sikit demi sedikit serta membuat 'tapak' untuk kuman resdung (sedutan panas rokok). Dari sini kuman-kuman berupaya mengaitkan 'penyebaran' ke kawasan hidung. Akibatnya; deria hidung menjadi sensitif dengan habuk, bau dan sentuhan. Salah satu simptom: pantang terbau belacan. Terasa bagaikan ada 'sesuatu' bergerak-gerak (menguit-nguit) di saluran dalaman (sesetengah kes menjerumus kepada bersin). Apabila bersin, saluran dalaman akan membengkak lalu tersumbat.

·        Batuk berkahak terasa seperti ada lendir.

Seringkali terasa seperti ada habuk di kerongkong (dan gatal). Batuk keras adalah petanda kuman-kuman ini sedang 'membaluti' kawasan kerongkong dan sel-sel tekak pula: luka. Penyelesaian diambil selalunya: minum ubat batuk. Kepada yang merasakan ia berkesan, ketahuilah ianya hanya sementara dan batuk keras tu akan berulang lagi. Kerana ubat batuk hanya bertindak men-'cool'-kan (menyejuk) dalaman kerongkong, tidak langsung membunuh atau menyingkir mana-mana kuman (ataupun membaik-pulih sel-sel luka). Ubat batuk seumpama membius kuman untuk layu (tak aktif) serta menyejukkan dalaman kerongkong buat seketika.

Mata Dijangkiti Resdung Dengan Teruk adalah paling susah untuk dirawat.
Para doktor ternyata mengalami kesulitan apabila ia berkenaan bagaimana cara paling efektif merawat serta mengubati mata. Sebab mata diselaputi oleh lapisan kornea yang sangat halus. Kornea adalah pertahanan melindungi mata. Contoh: kalau ada habuk atau serangga melanggar mata, ia akan tersekat di lapisan kornea. Mata terselamat dari kecederaan. Tapi resdung tidak menyerang mata melalui depan. Ia mencederakan mata melalui 'belakang' iaitu: akar. Kebanyakan doktor tampil memberi jalan penyelesaian dengan mencipta ubat titikan kepada mata. Untuk melakukan pembedahan, memerlukan doktor yang betul-betul pakar serta kos rawatan yang tinggi. Jadi macam mana? Datanglah ke Ns Beauty Centre bagi mendapatkan rawatan resdung yg termoden dan sangat berkesan.....SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment