Friday, 7 June 2013

Komplikasi Resdung Tahap Kronik


Gambarajah menunjukkan; tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman/parasit resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.

Komplikasi Resdung Tahap Kronik (atau petanda ke arah itu):

·  Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata dan selsema yang           berpanjangan.

Saluran dalaman muka sudah di'block' dengan banyak. Mukus berkumpul sehingga pengaliran udara ke mata terganggu - membuatkan mukus yang bertukar jadi nanah di'pam' ke mata. Mata akan mula terasa berat dan letih. (Rasa nak picit, cungkil pun ada.) Tahi mata 'terkumpul' di kala bangun tidur yang membuatkan mata 'tertutup' dan perlu dibasuh bagi membuka serta melihat semula. Bila dipicit, nanah (kekuningan) keluar (di bahagian bawah kelopak).

·        Jangkitan Otak (menginitis)

Amat merbahaya jika ianya sudah merebak ke bahagian otak kerana kuman-kuman/parasit resdung itu akan bercampur-aduk dengan bakteria serta organisma di bahagian sana (yang asalnya tidak berupaya mencipta penyakit kritikal). Kebanyakkan penyakit kritikal, kanser salah satunya: bermula dengan nanah-nanah mencemari organ dalaman. Tentu anda pernah dengar doktor selalu membuang 'ketumbuhan' apabila merawat kanser. 'Ketumbuhan' ini, adalah daging rosak yang dipenuhi kotoran, kuman & bakteria perosak ('virus' gelaran barunya sebab nama itu adalah untuk kategori kuman yang lebih kuat dari sekadar biasa-biasa). Oleh itu, 'cair, pecah dan kering'-kan nanah ini bagi menghalang ia merebak. (Rawatan NS BEAUTY CENTRE mampu lakukan tugas ini - teruskan membaca.)

·        Sakit tekak yang kronik. Alahan hidung atau hidung sensitif.

Perokok tegar - memberi pertolongan kepada kuman resdung melarat lebih jauh melalui nikotin yang disedut. Nikotin mempunyai kandungan 'membunuh sel' sikit demi sedikit serta membuat 'tapak' untuk kuman resdung (sedutan panas rokok). Dari sini kuman-kuman berupaya mengaitkan 'penyebaran' ke kawasan hidung. Akibatnya; deria hidung menjadi sensitif dengan habuk, bau dan sentuhan. Salah satu simptom: pantang terbau belacan. Terasa bagaikan ada 'sesuatu' bergerak-gerak (menguit-nguit) di saluran dalaman (sesetengah kes menjerumus kepada bersin). Apabila bersin, saluran dalaman akan membengkak lalu tersumbat.

·        Batuk berkahak terasa seperti ada lendir.

Seringkali terasa seperti ada habuk di kerongkong (dan gatal). Batuk keras adalah petanda kuman-kuman ini sedang 'membaluti' kawasan kerongkong dan sel-sel tekak pula: luka. Penyelesaian diambil selalunya: minum ubat batuk. Kepada yang merasakan ia berkesan, ketahuilah ianya hanya sementara dan batuk keras tu akan berulang lagi. Kerana ubat batuk hanya bertindak men-'cool'-kan (menyejuk) dalaman kerongkong, tidak langsung membunuh atau menyingkir mana-mana kuman (ataupun membaik-pulih sel-sel luka). Ubat batuk seumpama membius kuman untuk layu (tak aktif) serta menyejukkan dalaman kerongkong buat seketika.

Mata Dijangkiti Resdung Dengan Teruk adalah paling susah untuk dirawat.
Para doktor ternyata mengalami kesulitan apabila ia berkenaan bagaimana cara paling efektif merawat serta mengubati mata. Sebab mata diselaputi oleh lapisan kornea yang sangat halus. Kornea adalah pertahanan melindungi mata. Contoh: kalau ada habuk atau serangga melanggar mata, ia akan tersekat di lapisan kornea. Mata terselamat dari kecederaan. Tapi resdung tidak menyerang mata melalui depan. Ia mencederakan mata melalui 'belakang' iaitu: akar. Kebanyakan doktor tampil memberi jalan penyelesaian dengan mencipta ubat titikan kepada mata. Untuk melakukan pembedahan, memerlukan doktor yang betul-betul pakar serta kos rawatan yang tinggi. Jadi macam mana? Datanglah ke Ns Beauty Centre bagi mendapatkan rawatan resdung yg termoden dan sangat berkesan.....SELAMAT MENCUBA

Hidung Tersumbat, Hidung berair & Tekak Berlendir?


Selalukah anda mengalaminya? 

Hidung Tersumbat, Hidung dan Tekak Berlendir, Muka Terasa Sakit dan Berat Terutama Pada Bahagian Mata, Sakit Tekak Berpanjangan dan Berulang-Ulang, Gatal Pada Mata dan Hidung, Bersin tak tertahan - Pasti anda pernah melalui simptom-simptom tersebut jikalau anda menghidap RESDUNG!


Kepada yang mahu membuat Pembedahan Sinus.

Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. Paling dikesali tentang pembedahan ini ialah: kebanyakkan doktor gagal menyediakan rawatan susulan bagi menghalang lendir tu dari tumbuh semula! Maka dengan ini, sesiapa yang melakukan pembedahan tersebut, akan berdepan dengan kerugian. Tetapi andaikata anda sudah nekad mahu melakukan pembedahan, kerana merasakan sangat perlu membuang lendir-lendir yang tebal melekat, maka berita baik untuk anda: Saya akan dedahkan rawatan susulan paling berkesan untuk menutup lubang serta luka pembedahan supaya ia tidak tumbuh semula. Pegang kata-kata saya: anda perlukan panduan rawatan saya ini kalau anda mahu melakukan Pembedahan Sinus. Jangan ambik ringan.

So, kepada anda yang berhasrat mahu melakukan pembedahan sinus, tak perlu merasa rugi lagi. Rawatan di-NS BEAUTY CENTRE akan menyambung tugas doktor dengan 'mencuci', menghapus saki-baki kuman yg 'terkeluar' (akibat keratan lendir pisah dari daging) dan kemudian menutup lubang-lubang luka supaya tiada jangkitan (infeksi). Perlu anda tahu kawasan (organ) yang dipotong, sudah semestinya akan keluar darah (luka); dan bukan salah doktor kalau merasakan seakan-akan mustahil nak syorkan rawatan susulan yg boleh mengeringkan luka tersebut melalui tunjuk ajar boleh buat di rumah bagaimana. Antibiotik penahan sakit; yes tapi kuman-kuman tetap mengalir sana-sini di kala kesakitan sedikit reda akibat dibius (antibiotik tu). Mungkin ada cara / rawatan lain untuk mengatasi ini tetapi terpulang kepada anda kalau mahu terus mencari sebab di sini, hanya rawatan di NS BEAUTY CENTRE sahaja yang mampu saya syorkan bagi membantu.

NOTA :- susah untuk saya mendapat persetujuan / kerjasama para doktor mengenai ini sebab 'ke-ego-an' lulusan bertaraf doktor bukan calang-calang. Paling kuat adalah mereka akan mendiamkan diri (setuju pun tidak, mengiyakan pun tak). Tetapi saya percaya; doktor yang bagus kualiti diri, sentiasa mahukan yang terbaik untuk pesakitnya (pulih). Namun, perkara ini amat jelas iaitu: kebanyakkan penyakit terjadi adalah disebabkan kuman yang tidak sepatutnya berada dalam badan (organ). Salah satu punca disebabkan kemerosotan tahap kesihatan, lalu mengakibatkan antibodi (pertahanan) lemah, mudah ditembus kuman penyakit. Jadi, make it simple:Di NS BEAUTY CENTRE adalah mengenai pembasmian serta penghapusan Parasit DEMODEX. Paling istimewa: ia turut sama mengeringkan! Kenyataan ini saya umumkan sekadar mahu membantu para pesakit mengecapi hasilan terbaik dalam usaha memulihkan kesihatan diri. Harap tiada sebarang tanggapan negatif.

Maka dengan ini, lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.

‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah.

 Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:

a)     mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya   (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)

b)     batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif

c)   Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)

d)   Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.

e)    Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)


Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

BAHAYA JERAWAT..!!

Bahaya: memicit jerawat. 

Picitan akan memudaratkan lagi kerana jari jemari berserta kuku mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan. Elakkan sebaik mungkin melakukan perkara ini. Kalau mahukan jerawat tu di'picit' dan pecah, gunalah rokok resdung kerana wap panas + herbalnya akan mematikan kuman secara gentle, on the spot!

Kulit berminyak: 
Kulit jenis ni mengeluarkan 'sebum'(cecair) yang berlebihan akibat lubang pori di dalaman sudah 'pecah'. Kulit berminyak bukan normal. Ia adalah suatu penyakit. Petanda bahawa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Jadi, cara rawatan adalah dengan memperbaiki saluran pengaliran di dalaman tu. Sekali lagi rokok resdung memainkan peranan: Wap ia bertindak mengeringkan kulit wajah (walaupun sangat berminyak). Sikit demi sedikit saluran minyak yang terpecah tu boleh 'dipanaskan' supaya kering dan tertutup.

Rokok Resdung untuk Rawatan Kecantikan:
Selain bidang rawatan resdung tradisional, ia juga amat berkesan mencantikkan wajah. Seperti yang dinyatakan, bahan ini mengeluarkan wap panas yang boleh membunuh bakteria-bakteria di sekitaran wajah. 

Prosesnya berlaku begini:
Apabila wap panas (sebenarnya suam, tak sakit pun) di se'merata'kan ke atas wajah, ia seperti memberi senaman kepada urat-uratan di dalaman.
Tindakan ini akan membuatkan peredaran darah aktif, seolah-olah ia di'kejut'kan.
Mana-mana saluran yang tersekat, akan clear. Saluran yang tersekat, akan mengakibatkan jerawat. (Sebab dah block, tak dapat nak dibawa ke saluran penghadaman.)

3 perkara ini hasilnya: kulit menjadi tegang, sihat dan berseri. Untuk kulit rosak (berjerawat): inilah cara terbaik memberi senaman pada muka tanpa perlu menggunakan tangan / jari atau komponen seperti jarum yang berisiko mengakibatkan jangkitan. Kini anda tahu Rokok Resdung bukan semata-mata bagi merawat penyakit RESDUNG, tetapi turut sama bertindak memberikan rawatan kesegaran, kecantikan pada wajah. Bahannya tiada mengandungi apa-apa bahan kimia atau asid yang boleh memberi kesan mudarat kepada para penggunanya. Bayangkanlah kalau anda mengamalkan rawatan ini seminggu dua kali secara berterusan. Bakteria-bakteria yang ada pada wajah dapat dicuci serta dihapuskan. Ia turut mampu menanggalkan daki-daki di muka. Ringkasannya; ia salah satu petua awet muda terbaik yang ada.

Anda boleh lakukan teknik rawatan ROKOK RESDUNG ini bila-bila masa saja anda mahu. Tiada kesan negatif di setiap kali buat. Malahan, lebih rajin amal, lebih tegang dan berseri kulit jadinya. Sebab banyak kuman mati. Kuman-kuman inilah penyebab utama kerosakan dan wajah kusam. Kesan rawatan rokok resdung ini adalah serta-merta!

PAKEJ RAWATAN RSEDUNG RM38-00


Mengesyorkan: 
Facial + Rokok Resdung Herbal!
PAKEJ RAWATAN RSEDUNG
RM38-00
* SIMPLE FACIAL *
* CORONG ASAP HERBA *
* HERBAL MASK *








Apakah ROKOK RESDUNG dan bagaimana pula ia boleh dikaitkan sebagai PENAWAR kepada penyakit RESDUNG?
Sesetengah tahu, selebihnya tidak. Adakah Rokok Resdung itu rokok? Bukan! Rokok Resdung adalah suatu cara perubatan yang dicipta oleh pengamal pengubatan tradisional yang bersungguh-sungguh mengkaji bagi mencari jalan penyelesaian ke atas penyakit resdung. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Lilin Resdung. Barangan ini amat kurang penggunaannya kerana ia ternyata sukar didapati. Akibat dari ini, ramai yang masih tidak mengerti serta kurang arif tentang cara penggunaannya. Ditambah lagi dengan cara adunan dan bahan digunakan yang rata-rata menjadi 'misteri' kepada kebanyakkan orang. Tapi hakikat sebenar; penawar resdung ini terbukti dapat membantu menghapuskan permasalahan resdung dan jerawat dengan berkesan kalau kena caranya.

Info: Terdapat beberapa jenis yang dikaitkan dengan Rokok Resdung. Kategorinya termasuk:
i. di'tangas', duduk membongkok sambil wajah dibiar terkena aliran asap.
ii. dihisap / sedut macam rokok biasa (tak sesuai untuk kebanyakan orang).
iii. dibakar batangnya, sambil pegang; asap bagi terkena pada sekitaran wajah.
iv. Bakar hujung atasnya, lalu corong bawah terkeluar asap wap (lembut). Wap ini dituju ke wajah.
Jenis yang saya ceritakan di laman web ini adalah yang ke-iv. Jenis paling popular dan paling berkesan.

Wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa Ulat Resdung keluar - seumpama 'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut). Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut akan mematikan kuman yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat.


Penawar RESDUNG

 

Salah satu penawar paling berkesan mengubati / melawan / menghalang penyakit tersebut dari terus merebak adalah: dengan meng'wap' (atau meng'asap'kan) wajah menggunakan bahan yang bernama: Rokok Resdung. Bahan ini diperbuat dari ramuan asas iaitu LILIN MADU LEBAR LIAR yang telah diadun sebati dengan campuran herba terpilih salah satu darinye ialah HABATUSAUDA bagi mengatasi parasit2 yang menjadi penyebab kepada permasalahan Jerawat dan Resdung. Sememangnya pelbagai pihak menawarkan produk seperti ini tetapi yang menjadi perbezaan adalah: bagaimana, siapa dan apa ramuan yang digunakan? Tiga perkara ini adalah penting untuk anda telitikan. Maksud saya; bagaimana cara pembuatannya? Adakah ia kemas atau tidak? Bersih atau tidak? Siapa pula; adakah orang itu mahir dan tahu dengan sebenar-benarnya tentang apa yang diperbuat? Dan adakah ramuan yang digunakan serta diadun itu benar-benar menjamin hasil yang memuaskan terhadap para pengguna? Sila renungkan sejenak sebab perkara ini penting; kita tidak mahu membazir wang dan masa menggunakan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil!

Namun semua itu tidak perlu anda risau kerana di sini adalah tempat yang telah memberikan sepenuh usaha dalam menghasilkan barangan bernama Rokok Resdung ini. 'Penghasilannya' dibuat dengan begitu teliti bagi menghapuskan penyakit jerawat dan resdung sekalipun penyakit telah capai ke tahap SERIUS. Kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana anda boleh mengubati penyakit tersebut menggunakan barangan ini.





Jerawat Kronik



Web site Penyelamat buat mereka yang mengalami masalah Resdung dan Jerawat Kronik, Batuk Berkahak, Bersin, Gatal Hidung, Bernanah dan Sakit Mata. Penting: sila baca!
Adakah gejala / simptom tersebut sering menganggu aktiviti seharian lalu menyebabkan anda rasa tidak selesa? Kalau ya, hari ini adalah hari bertuah anda. Sebab saya akan SERIUS membantu anda menghapuskannya! Kerana saya TAHU, bagaimana:

Kepada mereka yang terlibat dengan masalah jerawat degil, bisul, nanah, lendir tersekat atau apa jua penyakit yang satu keluarga dengan Resdung, maka website ini ada semua kelengkapan yang diperlukan bagi membantu anda mengubati serta menghapuskannya! Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi masa kepada diri membaca serta memahami segala tertulis dengan baik. Bertenang dan jangan risau.



Jangan biarkan jerawat dan resdung anda sampai ke tahap teruk macam ni. Terlebih dahulu, biar saya terangkan mengenai penyakit resdung yang berada di tahap kronik. Resdung sebenarnya adalah sebuah 'pintu' kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada. Makna: pada mulanya Resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi berat. Kulit pula akan ketara nampak bermasalah (seperti jerawat nanah, merah dan bisul.) Dan bila kuman resdung ni dah banyak, maka ia akan membuat sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit. Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya (tu pasal bila picit muka, keluar benda putih kecik). Ini adalah tapak resdung. Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat. Seterusnya, pertahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat ceroboh masuk. Dan bila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain, maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih berat. Merujuk pada gambarajah di bawah, ini adalah hasil kerosakan yang boleh berlaku akibat dari pengabaian yang 'total' (tidak mengambil berat soal penjagaan kesihatan ataupun mengamalkan cara yang SALAH.) Jadi, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup sihat.










Wednesday, 5 June 2013

SPA kami


MANJA-kan KULIT CANTIK MU DENGAN

NS BEAUTY SPA CENTRE

CANTIK ~ CERIA ~ BAHAGIA

Perkhidmatan Rawatan Kecantikan  terbaik dan menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki istimewa untuk insan bergelar wanita. Merealisasikan impian menjadi Cantik, Hidup Ceria, Penuh Gaya dan Mengecapi Bahagia. Di sini kita kongsikan bersama..anda berhak untuk menikmatinya…..

Selain itu spa juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh seperti :

                   Menghaluskan kulit
                   Mengencangkan kulit
                   Memberikan nutrisi pada kulit
                   Mengendurkan ketegangan otot
                   Detoksifikasi
                   

Ns Beauty Spa Centre memahami keperluan tersebut dengan menghadirkan rangkaian perawatan Beauty Spa, yaitu rangkaian perawatan dengan sensasi spa dengan harga yang sangat ekonomis.


Pakej Cinta [ 3 dalam 1 ]

 LULUR BADAN
 URUTAN BELAKANG & BAHU
 MANDI AROMATHERAPHY JAKUZI

Pakej Rawatan Spa ini berharga RM100.00 shj.

Masa untuk rawatan ini lebih kurang 2 jam.








Pakej Asmara [4 dlm 1 ]

 LULUR BADAN 
 URUTAN BELAKANG & BAHU
 MANDI AROMATHERAPHY JAKUZI
 RELAXING FACIAL

Pakej rawatan spa ini berharga RM 150.00 sahaja.
Masa rawatan lebih kurang 2 1/2 jam.



Pakej Bahagia [5 dlm 1]

 LULUR BADAN
 URUTAN BELAKANG & BAHU
 MASKER BADAN
 MANDI AROMATHERAPHY JAKUZI

 RELAXING FACIAL


Harga pakage spa ini ialah RM 200.00

Masa untuk rawatan ini lebih kurang 3-4 jam






















Thursday, 23 May 2013

"N'S Training Centre"


"N'S Training Centre"



"Berpeluang utk memiliki
 SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
(SKM) melalui PPT (Pertauliahan Pencapaian Terdahulu) dgn kemahiran yg ada apabila memiliki pengalaman selama 2-4 tahun dlm bidang kecantikan seperti salah satu kursus kecantikan tersebut dgn membangunkan Pertfolio.Sijil akan diberi utk setiap kursus kemahiran yg diajar. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 
"b~Beauty" TRAINING CENTRE 012-9712576 
DATIN. Ainie












Monday, 1 April 2013

Ingin cantik secara alami



INGIN CANTIK?????


Setiap wanita inginkan penampilan yang cantik dan jelita.       
Ns Beauty Skin Care menawarkan kepada anda rangkaian produk yang mampu mencerah dan membaiki kerosakan kulit serta melindungi kulit dari radikal bebas dan juga sinar UVA dan UVB. Ns Beauty Skin Care menawarkan harga yang amat berpatutan. Dealer dan stokis diperlukan.019-6036667


Ns Beauty Centre ditubuhkan pada tahun 2000. Kami mempunyai pengalaman mengedar dan menjual barangan penjagaan kecantikan pelbagai jenama sehinggalah kami mampu mengeluarkan produk jenama kami sendiri.Kami menghasilkan jenama Ns Beauty Skin Care dan mula melancarkan produk kami pada Januari 2011.

Ibu pejabat kami terletak di No. 199, Jalan Abdullah off Jalan Bentayan, 84000 Muar, Johor.

Kami mengeluarkan produk penjagaan kecantikan seperti
-pembersih
-penyegar
-serum wajah
-pelembab
-pelindung UV
-penjagaan tubuh badan

Penjagaan kecantikan Ns Beauty Skincare mengutamakan kualiti terbaik dan keberkesanan produk kepada penggunanya.Tambahan lagi, semua produk Ns Beauty dikeluarkan oleh makmal kilang perubatan yang bertaraf GMP.

Rangkaian produk kami juga sudah mendapat sambutan hangat dan kepercayaan pengguna.

Misi syarikat adalah membantu kaum wanita memulihkan keyakinan diri mereka dengan memberikan mereka satu kehidupan yang bermakna setelah memiliki wajah yang cantik dan menarik.

Visi syarikat adalah ingin merealisasikan matlamat sebagai salah satu syarikat yang prihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan di samping menggunakan barangan kosmetik dan produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan. Serta menjadi pengusaha tempatan yang akan berjaya mengorak langkah untuk memasarkan produk kecantikan ke peringkat global.

Objektif syarikat adalah untuk menjadi Pengeluar dan Pusat Kecantikan yang paling unggul dalam bidang kecantikan dan kesihatan penguna.