Kenali Punca-punca Jerawat
Seperti yang telah saya terangkan dalam entri-entri terdahulu, jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.
RAWATAN JERAWAT - FASA-FASA YANG TERLIBAT
Pada post ini saya ingin membincangkan tentang fasa-fasa dalam merawat jerawat/RESDUNG
Rawatan jerawat terbahagi kepada 2 fasa:
1) Fasa Rawatan - (Treatment Phase)
2) Fasa Pengawalan – (Maintainance Phase)
Jerawat dalam Fasa Rawatan
Fasa Rawatan
Fasa ini melibatkan rawatan yang intensif. Anda perlu berjumpa AESTHETIC THERAPIST anda setiap 1 minggu atau setiap bulan. Anda akan dibekalkan dengan beberapa krim rawatan jerawat dan munkin juga antibiotik. Pada fasa ini, munkin jerawat akan keluar lebih banyak kerana krim yang diberi akan menyebabkan jerawat yang sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar. Pada fasa inilah ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak berkesan. Keadaan ini dapat dielakkan jika AESTHETIC THERAPIST mengambil masa untuk menerangkan kepada pelanggan tentang kesan2 yang munkin dialami akibat dari krim yang digunakan. Pada pengalaman saya, pelanggan akan faham dan meneruskan rawatan walaupun terdapat kesan sampingan yang memang dijangkakan , jika mereka tahu dan faham apa yang akan berlaku ( what to expect ). Perlu saya tekankan, jika rawatan anda memerlukan pengambilan antibiotik dalam Fasa Rawatan, anda perlu mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 3 BULAN untuk melihat kesan antibiotik tersebut. Jangan mengharapkan perubahan dalam masa 1 – 2 bulan . Jika anda merasakan tidak sanggup melakukan demikian lebih baik anda hanya merawat dari luaran sahaja dan memberitahu AESTHETIC THERAPIST yang anda tidak sanggup melakukannya.
Bagi mereka yang konsisten mengikut arahan , InsyaAllah, anda akan dapat melihat perubahan dalam masa 3 – 4 bulan. Dari pengalaman saya, respon yang paling cepat saya lihat adalah dalam masa 2 minggu dan yang paling lama adalah 5 bulan. Perlu diingat , jangkamasa ini adalah hanya untuk mengawal jerawat yang aktif. Tempoh ini belum termasuk rawatan parut jerawat.
Setelah tiada lagi jerawat baru tumbuh dalam jangkamasa 2 bulan dan sebahagian besar parut jerawat telah dirawat, maka anda sekarang boleh berpindah ke fasa kedua , iaitu Fasa Pengawalan ( Maintainance Phase ). Secara ringkas, Fasa Rawatan boleh mengambil masa 6 – 9 bulan. Agak lama , bukan? Tetapi sebenarnya tidak lama jika dibandingkan dengan tempoh anda menghidapi masalah jerawat yang munkin telah mengambil masa 5- 10 tahun!
Sistem ringkas Fasa Pengawalan
Fasa Pengawalan
Fasa ini adalah merupakan fasa dimana anda tidak lagi mempunyai jerawat yang aktif tumbuh dengan banyaknya. Sebulan munkin 1-2 jerawat sahaja yang muncul. That is acceptable. Pada fasa ini, saya selalunya akan memberikan sistem penjagaan kulit yang paling ringkas yang sesuai bagi anda kerana fasa ini memerlukan disiplin dan kesanggupan yang luarbiasa. Fasa pengawalan ini akan berterusan selama bertahun-tahun. Oleh itu ianya perlulah seringkas yang munkin. Saya biasanya memastikan yang anda hanya akan menggunakan 2-3 langkah untuk malam dan pagi. Tapi AWAS ! Walaupun ianya ringkas, pada fasa inilah pelanggan saya selalunya GAGAL. Seperti yang saya terangkan, ia memerlukan kesanggupan dan disiplin yang luarbiasa.
Alamat: NO. 199, JALAN ABDULLAH OFF JALAN BENTAYAN, 84000 MUAR, JOHORr.
Tel No: 06-9556332 / 012-9712576 (DATIN AINIE - QUALIFIED AESTHETIC THERAPIST)
Waktu Bekerja:
SETIAP HARI : 9.00 PAGI - 7.00 MLM
ISNIN & Cuti Umum : Tutup.
Misi:
Untuk menyediakan penyelesaian yang ringkas, practical dan tahan lama untuk masalah jerawat dari dalam dan luaran.
Visi:
- Menjadi pilihan utama dalam rawatan jerawat
- Mendekati dan merawat semua orang yang mengalami masalah jerawat
- Fikirkan jerawat, fikirkan NS BEAUTY CENTRE!
Kelebihan PUSAT RAWATAN NS BEAUTY CENTRE khas :- Jerawat & Jeragat
- Satu-satunya Qualified Aesthetic Therapist yang mempunyai pusat rawatan kulit yang mengkhususkan kepada masalah jerawat RESDUNG.
- Khidmat nasihat rawatan dan pencegahan jerawat dari luaran dan dalaman.
- Panduan untuk mengenalpasti punca-punca masalah jerawat.
- Tidak hanya rawatan untuk remaja tetapi untuk semua golongan samada muda atau tua (bagi masalah photoaging dan yang berkaitan).
Sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment