Apa itu Histamin dan Antihistamin?
Ramai pelanggan yang pelik kenapa kulit mereka tidak secantik
orang lain. Berparut sana sini, gatal-gatal umpama ruam selalu naik di kaki,
jari dan belakang tapak tangan. Nak pakai cincin pun malu!
Bila dikaji-kaji, gatal-gatal pasti muncul lepas makan udang
atau ketam, termasuklah ikan bilis. Ya..ikan bilis yang paling susah nak kesan
sebab tersembunyi sebagai perencah sebahagian besar makanan. Bagi mereka
penyakit itu “ Misteri betul!
Tetapi bila
dikaji-kaji balik, tiada yang misteri pun. Gatal-gatal itu adalah reaksi tubuh
manusia terhadap makanan laut, atau juga dipanggil ALAHAN.
Apa itu ALAHAN?
Alahan adalah reaksi keterlaluan sistem imun tubuh terhadap
sesuatu yang ditafsir sebagai ‘ancaman’, walaupun sesuatu itu tidaklah
mendatangkan apa-apa efek kepada orang lain.
Bagaimana Alahan Terjadi?
Dalam tubuh manusia
terdapat sistem limfa yang berfungsi untuk pertahanan. Salah satu elemen
penting dalam sistem limfa adalah limfosit, sejenis sel darah putih yang
terdiri daripada 3 sel utama iaitu sel-B, sel-T dan sel pembunuh semulajadi.
Dalam kes alahan, sel-B memainkan peranan besar berbanding 2 jenis sel yang
lain. Sel-B dihasilkan di tulang sum-sum, dihantar ke limpa dan akhirnya
bergabung dalam darah.
Alahan terjadi apabila
sel B mengesan ‘ancaman’ dan menghasilkan antibodi, IgE yang akan melekat
kepada reseptor sel mast yang terdapat pada sebahagian besar tisu tubuh. Apabila
alegen dikesan oleh sel mast ia akan membebaskan histamin dan bahan faktor
lain. Histamin akan melekat pada reseptor sel, sebagai contoh sel kulit dan
menghasilkan kegatalan.
Reaksi alahan mungkin
berbeza untuk setiap individu, walaupun sumber alergen adalah sama. Mungkin
makanan laut pada mereka jadi gatal-gatal, tetapi mungkin ada yang salur
pernafasan boleh membengkak hingga mungkin boleh membawa maut!
Atasi Alahan dengan Antihistamin
Untuk menghalang alahan daripada berlaku, kita boleh mengambil
antihistamin dari ubat-ubatan tertentu yang disarankan oleh doktor seperti
Zyrtec dan Benadryl. Antihistamin bertindak menghalang histamin dari melekat
pada reseptor.
Walau bagaimanapun, antihistamin jenis dadah mempunyai kesan sampingan
seperti mengantuk, pening-pening, migrain dan sebagainya.
Bagi
anda yang ingin berikhtiar menangani masalah alahan melalui supplemen
semulajadi, kami sarankan SET ALAHAN dari FOREVER LIVING.
Set
untuk Alahan ini mengandungi :-
FL ALOE VERA GEL ;
bertindak untuk detoks & mengurangkan & antikulat
FL FOREVER ABSORBENT-C:
bertindak sebagai penguat system
imunisasi badan
FL FOREVER BEE PROPOLIS bertindak sebagai anti
kuman & meningkatkan system tahan badan
FL FOREVER Garlic:
Berkesan mengurangkan alahan dengan serta
merta kerana sifat bawang putih yang antihistamin
FL BATH GELEE- :
Sesuai diamalkan oleh mereka yang gatal-gatal kulit kerana FBG membantu kulit
agar lebih lembab dan kurangkan kerengsaan kulit.