GEJALA KEKURANGAN NUTRISI YANG DAPAT MENGGANGU PENAMPILAN
1. Luka Pada Kulit Yang Tidak Kunjung Menyembuh
Luka potong yang agak dalam memang tidak akan sembuh dalam
semalam, namun jika tercalar tipis seperti yang ditemui selepas mencukur tidak
kunjung menutup, ini bukanlah petanda sesuatu yang normal dan anda perlu
mencari tau penyebabnya. Selain akibat kadar gula darah yang tinggi / tidak
terkawal, penyembuhan luka yang perlahan juga boleh disebabkan oleh kekurangan
pengambilan protein dalam pola diet sehari-hari.
Protein berguna untuk membina dan memperbaiki tisu badan
yang rosak. Agar penyembuhan luka pada kulit menjadi lebih cepat, usahakan
untuk mengambil 20-30 gram protein dalam setiap hidangan makan anda.
Cara ini boleh anda lakukan misalnya dengan meminum satu
gelas susu ketika makan malam, menambah kacang edamame kedalam salad ketika
makan tengah hari, atau menambah satu hingga dua sudu makan mentega kacang
kedalam smoothie yang anda minum dipagi hari. Selain itu, jangan lupa untuk
mengambil buah-buahan untuk mendapatkan cukup vitamin C, kerana kekurangan
vitamin C juga membuat penyembuhan luka menjadi perlahan. Strawberry, oren, dan
jambu biji adalah jenis buah-buahan yang mudah didapati serta mengandungi
banyak vitamin C.
2. Gusi Mudah Berdarah
Tidak jarang permasalahan gusi berdarah disebabkan oleh
masalah remeh seperti menggosok gigi dengan terlalu agresif. Namun, jika cara
menggosok gigi sudah betul tetapi masih menghadapi gusi berdarah, kemungkinan
anda mengalami kekurangan vitamin K.
Vitamin K memainkan peranan dalam pengaktifan
jalur pembekuan darah yang pada akhirnya menghasilkan bekuan darah pada luka
untuk menutup luka sehingga pendarahan berhenti.
Kekurangan vitamin K juga memudahkan terjadinya pendarahan
spontan di rangkaian mukosa seperti gusi dan mulut. Walaupun keadaan kekurangan
vitamin K sangat jarang ditemui, anda boleh mengoptimumkan asupannya dengan
banyak mengambil sayur-sayuran berwarna hijau gelap seperti kailan dan kale.
Jika masalah ini masih berlangsung, jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan diri
anda ke doktor gigi terdekat.
3. Rambut Gugur
Apa yang anda makan akan tercermin pada kesihatan rambut
anda. Walaupun kehilangan beberapa helai rambut masih dianggap normal
(kehilangan 50 hingga 100 helai rambut sehari masih dianggap normal), anda
mungkin tidak akan menyukai bila helai rambut terlalu jarang hingga membuat
kulit kepala kelihatan. Kekurangan protein dan vitamin C mengakibatkan helai
rambut menjadi lebih nipis, mudah bercabang dan mudah gugur. Hal ini kerana
vitamin C membantu tubuh untuk membentuk kolagen-penunjang kulit yang sihat
serta folikel rambut yang kuat. Sementara itu, protein berperanan sebagai
pembekal asid amino yang diperlukan untuk membentuk kolagen dan keratin
(protein dalam rambut). Kerana itu, pastikan untuk sentiasa mengambil protein
dan buah buahan dalam jumlah yang cukup ya.
.
. 4. Munculnya Rambut Putih / Uban Secara Dini
Tembaga membantu tubuh untuk menghasilkan melanin, pigmen
pewarna rambut dan kulit. Kadar tembaga yang rendah - akibat kekurangan
pengambilan nutrisi yang mengandungi tembaga atau akibat masalah kesihatan lain
yang mengganggu metabolisme tembaga-membuat rambut memutih / beruban dengan
lebih cepat. Kekurangan vitamin D juga boleh mencetuskan munculnya uban /
rambut putih lebih awal. Untuk mengelakkan hal ini, ganti snack anda
dengan kacang kacangan seperti almond atau biji bunga matahari yang mengandungi
tembaga, dan jangan lewati segelas susu di pagi hari.
No comments:
Post a Comment