Tuesday, 15 November 2016

PRODUK PENJAGAAN WAJAH

Produk Penjagaan Muka Tanpa Bahan Kimia, Selamat dan Berkesan.


Terlalu banyak produk penjagaan muka yang dijual di pasaran sekarang. Kemunculan produk-produk baru juga sangat banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi, sejauh mana kita mengenalpasti dan mengambil berat bahan-bahan yang digunakan dalam produk yang kita gunakan tu, terutama produk penjagaan muka. Apa yang saya perhatikan, rakyat Malaysia, terutamanya kaum wanita, sangat teruja dengan produk yang dapat memberikan kesan yang cepat dan singkat selain harga yang murah. Antara produk yang menjadi pilihan ramai wanita di luar sana, adalah produk pemutih kulit.
Tidak dinafikan, kita orang asia, memang suka sangat dengan kulit yang putih, kulit yang cerah. Kalau boleh nak putih melepak macam amoi-amoi korea tu. hehehe.. Betul kan? Tapi persoalan saya, adakah kerana nak sangat kulit muka yang putih, kita sanggup abaikan keselamatan diri kita? Walau apapun produk yang kita pakai, pastikan ianya adalah produk penjagaan muka tanpa bahan KIMIA, selamat untuk kulit kita dan juga berkesan. Jangan kita hanya termakan dengan kesan putih dalam jangka masa 3-5 hari, tapi kita lupa nak periksa dulu apa kandungan bahan yang ada dalam produk tu. Adakah ianya selamat untuk kita? Tidak bahaya kah kalau kita pakai? Apa kesan yang kita akan dapat selepas pakai produk tu?


Kerana rasa tanggungjawab, saya terpanggil untuk tulis entry kali ni. Ramai juga kes yang saya dapati, kulit muka semakin teruk selepas menggunakan produk tanpa usul periksa. Akibatnya, kulit muka mengelupas, menjadi merah-merah seperti udang kena bakar, kulit muka bertambah teruk dengan jerawat malah ada produk yang membuatkan kulit muka si pemakai menjadi lebih hodoh.
Saya nak kongsikan beberapa bahan kimia yang berbahaya pada kita, tetapi selalu digunakan sebagai bahan dalam produk penjaagan muka. Boleh lihat contoh-contoh bahan kimia dan kesan buruknya kepada kita dalam gambarajah di bawah.

 Seeloknya, sebelum kita membeli, buat semakan kandungan-kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut. Jangan hanya disebabkan testimoni pengguna yang mendapat kesan dengan cepat, kita teruja nak beli juga. Bahan-bahan kimia yang ada dalam produk tersebut, jika digunakan dalam tempoh yang lama, masalah lebih besar akan timbul. Jauhi diri kita daripada bahan-bahan kimia berbahaya ini.
Saya mengambil langkah lebih selamat, dengan memperkenalkan produk penjagaan muka yang bebas bahan kimia berbahaya ni. Dah tentunya produk ESTEE BEAUTY Skincare menjadi pilihan semua kerana saya ambil tahu, apakah kandungan-kandungan di dalam produk ini. Polisi produk ESTEE BEAUTY Skincare adalah  produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. 
Set ini terdiri daripada 2 jenis set yang khas untuk kulit bermasalah, iaitu untuk kulit berminyak dan juga untuk kulit kering. Setiap set mempunyai fungsi yang berbeza. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Set ESTEE BEAUTY serta fungsi-fungsinya, terus ke sini.
Estee Beauty Whitening Series.
*  Estee Beauty Soothing Gel Cleanser (Vit.C)
*  Estee Beauty Yunique Lifting & Pore-Minimizing Serum
*  Estee Beauty Aha's Exfoliating Gel
*  Estee Beauty Perfection Day Cream (spf30)
Ester Beauty Purifying Series.
*  Estee Beauty BIOACNE Cleansing Foam
*  Estee Beauty BIOACNE Purifying Night Cream
*  Estee Beauty BIOACNE Clarifying Day Cream (spf30)
*  Estee Beauty BIOACNE Sebum Control Serum
Syarikat Ns AESTHETIC BEAUTY CENTRE bertanggungjawab dalam menghasilkan produk penjagaan muka yang selamat, berkesan dan semulajadi untuk pelangan semua. Setiap produk yang dihasilkan dilakukan ujian beratus kali untuk memastikan produk ESTEE BEAUTY SKINCARE betul-betul selamat untuk  digunakan. Jangan biarkan diri kita terus-menerus menggunkan produk yang kita sendiri tidak tahu apa kandungannya. Bahaya atau tak. Jadilah pengguna yang mengambil berat dengan produk yang kita gunakan dan ambil tahu serta buat bacaan mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.
Semoga kita semua terhindar daripada kesan-kesan buruk bahan kimia yang ada di dalam produk penjagaan muka kita. Dan, semoga kulit kita makin cantik, sihat dan tidak terjejas akibat bahan-bahan yang merosakkan.
Jumpa lagi di entry akan datang, InsyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak info berkaitan dengan produk ESTEE BEAUTY SKINCARE kepada anda. 
Assalamualaikum.