Tuesday, 28 April 2015

APA ITU RESDUNG?.....SERTA RAWATAN DAN PENCEGAHAN YANG EFEKTIF


           





                       
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda Resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan.

Penyakit Resdung juga dikenali Sinusitis . Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.



Kanak-kanak

·                     Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
·                     Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

Dewasa

·                     Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.






CARA RAWATAN ALTERNATIF D’RESDUNG
(N’s ESTHETIC BEAUTY CENTRE, MUAR) 
06-9556332/ 0129712576

Salah satu penawar paling berkesan mengubati / melawan / menghalang penyakit tersebut dari terus merebak adalah: dengan meng'wap' (atau meng'asap'kan) wajah menggunakan bahan yang bernama: Rokok Resdung.
Bahan ini diperbuat dari ramuan yang telah diadun sebati bagi mengatasi kuman-kuman yang menjadi penyebab kepada permasalahan Jerawat dan Resdung. Sememangnya pelbagai pihak menawarkan produk seperti ini tetapi yang menjadi perbezaan adalah: bagaimana, siapa dan apa ramuan yang digunakan?
Tiga perkara ini adalah penting untuk anda telitikan. Maksud saya;bagaimana cara pembuatannya? Adakah ia kemas atau tidak? Bersih atau tidak? Siapa pula; adakah orang itu mahir dan tahu dengan sebenar-benarnya tentang apa yang diperbuat? Dan adakah ramuan yang digunakan serta diadun itu benar-benar menjamin hasil yang memuaskan terhadap para pengguna? Sila renungkan sejenak sebab perkara ini penting; kita tidak mahu membazir wang dan masa menggunakan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil!

Namun semua itu tidak perlu anda risau kerana di sini adalah tempat yang telah memberikan sepenuh usaha dalam menghasilkan barangan bernama Rokok Resdung ini.


'Penghasilannya' dibuat dengan begitu teliti bagi menghapuskan penyakit jerawat dan resdung sekalipun penyakit telah capai ke tahap SERIUS. Kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana anda boleh mengubati penyakit tersebut menggunakan barangan ini.



Pencegahan

·                    Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan.
·                     Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
·                     Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
·                     Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 

Penjagaan Diri

·                     Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
·                     Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
·                     Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
·                     Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
·                     Berehatlah secukupnya
*      Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.

SILA DAPATKAN KETERANGAN LEBIH TERPERINCI & TEKNIK RAWATAN KAMI DI TALIAN 06-9556332/ 012-9712576 
DATIN AINIE ~ JURUTERAPI ESTHETIC BERTAULIAH
Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan AndaJangan Lupa Ya :P