Tuesday 14 October 2014

Apa itu Histamin dan Antihistamin?

Apa itu Histamin dan Antihistamin?


Ramai pelanggan yang pelik kenapa kulit mereka tidak secantik orang lain. Berparut sana sini, gatal-gatal umpama ruam selalu naik di kaki, jari dan belakang tapak tangan. Nak pakai cincin pun malu!

Bila dikaji-kaji, gatal-gatal pasti muncul lepas makan udang atau ketam, termasuklah ikan bilis. Ya..ikan bilis yang paling susah nak kesan sebab tersembunyi sebagai perencah sebahagian besar makanan. Bagi mereka penyakit itu “ Misteri betul!
Tetapi bila dikaji-kaji balik, tiada yang misteri pun. Gatal-gatal itu adalah reaksi tubuh manusia terhadap makanan laut, atau juga dipanggil ALAHAN.

Apa itu ALAHAN?


Alahan adalah reaksi keterlaluan sistem imun tubuh terhadap sesuatu yang ditafsir sebagai ‘ancaman’, walaupun sesuatu itu tidaklah mendatangkan apa-apa efek kepada orang lain.

Bagaimana Alahan Terjadi?
                                  
Dalam tubuh manusia terdapat sistem limfa yang berfungsi untuk pertahanan. Salah satu elemen penting dalam sistem limfa adalah limfosit, sejenis sel darah putih yang terdiri daripada 3 sel utama iaitu sel-B, sel-T dan sel pembunuh semulajadi. Dalam kes alahan, sel-B memainkan peranan besar berbanding 2 jenis sel yang lain. Sel-B dihasilkan di tulang sum-sum, dihantar ke limpa dan akhirnya bergabung dalam darah.
Alahan terjadi apabila sel B mengesan ‘ancaman’ dan menghasilkan antibodi, IgE yang akan melekat kepada reseptor sel mast yang terdapat pada sebahagian besar tisu tubuh. Apabila alegen dikesan oleh sel mast ia akan membebaskan histamin dan bahan faktor lain. Histamin akan melekat pada reseptor sel, sebagai contoh sel kulit dan menghasilkan kegatalan.

Bagaimana Alahan Berlaku
Reaksi alahan mungkin berbeza untuk setiap individu, walaupun sumber alergen adalah sama. Mungkin makanan laut pada mereka jadi gatal-gatal, tetapi mungkin ada yang salur pernafasan boleh membengkak hingga mungkin boleh membawa maut!


Atasi Alahan dengan Antihistamin

Untuk menghalang alahan daripada berlaku, kita boleh mengambil antihistamin dari ubat-ubatan tertentu yang disarankan oleh doktor seperti Zyrtec dan Benadryl. Antihistamin bertindak menghalang histamin dari melekat pada reseptor.

Walau bagaimanapun, antihistamin jenis dadah mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk, pening-pening, migrain dan sebagainya.

Bagaimana antihistamin menghalang histamin dari melekat ke reseptor sel

Bagi anda yang ingin berikhtiar menangani masalah alahan melalui supplemen semulajadi, kami sarankan SET ALAHAN dari FOREVER LIVING.
         
Set untuk Alahan ini mengandungi :-

FL ALOE VERA GEL ;
bertindak untuk detoks & mengurangkan & antikulat

FL FOREVER ABSORBENT-C:
bertindak sebagai penguat system imunisasi badan

FL FOREVER BEE PROPOLIS bertindak sebagai anti kuman & meningkatkan system tahan badan

FL FOREVER Garlic:
Berkesan mengurangkan alahan dengan serta merta kerana sifat bawang putih yang antihistamin

FL BATH GELEE- :
Sesuai diamalkan oleh mereka yang gatal-gatal kulit kerana FBG membantu kulit agar lebih lembab dan kurangkan kerengsaan kulit.