Saturday 23 August 2014

MASALAH RAMBUT GUGUR ~ APAKAH HAMA DEMODEX??

MASALAH RAMBUT GUGUR ~ 
APAKAH HAMA DEMODEX??

Demodex boleh mengeluarkan enzim lipase yang di perlukan oleh demodex untuk menghadamkan sebun yang dimakannya. Lipase boleh memberi kesan buruk terhadap kualiti, keadaan dan rupa kulit kepala serta rambut anda. Hama demodex tidak kelihatan pada masa kasar yang kebiasaannya berukuran panjang antara 100-300 mikron. Terdapat pelbagai tanda berbeza wujudnya aktiviti-aktiviti demodex. Salah satu tanda yang paling ketara adalah kegatalan, perasaan seperti ada sesuatu yang merayap pada atas wajah atau (dan) pada kulit kepala. Namun pada hampir setiap masa, mungkin tiada kegatalan langsung, dan penghidapnya tidak sedar bahawa mereka dijangkiti oleh hama demodex. Sekiranya hama ini tidak dirawat, populasi hama ini akan maningkat secara dramatik mengakibatkan masalah penipisan rambut. Keguguran rambut, dan dalam kes-kes tertentu, keguguran rambut pra-matang juga boleh dihubunkait dengan aktivti demodex folliculorum yang berlanjutan. Hama folikel demodex hidup dalam kelenjar sebum dan folikel-folikel rambut, menghisap zat-zat dari akar rambut dan merosakkan dinding-dinding sel. Selepas bersenyawa, mereka akan mengorek ke dalam kulit, mengeluarkan telur-telur, menghasilkan bakteria serta jangkitan pada kulit. Sepanjang lima fasa kitaran hidup mereka, hama-hama ini merosakkan kulit sacara mengeluarkan sisa-sisa cairan, meninggalkan telur-telur serta mati diantara lapisannya. Setelah mati, bangkai-bangkai mereka menjadi cecair dan mereput didalam kulit. Sekiranya hama ini tidak dirawati, populasi hama ini akan meningkat secara dramatik, mangakibatkan masalah penipisan rambut. Keguguran rambut, dan kes-kes tertentu, keguguran rambut pra-matang boleh dihubungkaitkan dengan? aktiviti demodex folliculorum yang berlanjutan. Hama yang ditemui di bawah mikroskop.
demadexhama
Namun, dalam kebanyakan kes, penderitanya tidak mengalami sebarang gejala yang kebiasaannya membawa kepada keadaan yang lebih teruk kemudiannya.
Apabila kulit kepala ditakluki oleh hama Demodex, keguguran rambut yang berlaku mungkin tidak dapat dikawal lagi.
Kulit kepala yang berminyak secara berlebihan. Folikel-folikel rambut anda mengecut dan seterusnya melemahkan rambut. Perembesan dan perkumuhan hama Demodex boleh mengakibatkan keradangan pada tisu kulit kepala dan folikel rambut.
10 Gangguan Kulit Kepala Akibat Kehadiran Hama Demodex
1. Keradangan Kulit Kepala
2. Jerawat pada kulit kepala
3. Kulit kepala sensitif
4. Kulit kepala gatal
5. Keguguran rambut mendadak
6. Liang-liang tertutup
7. Kulit kepala berminyak
8. Pengeluaran minyak berlebihan
9. Fasa pertumbuhan rambut yang pendek
10. Akar rambut semakin lemah
6 Langkah Elak Jangkitan Hama Demodex

1. Hama Demodex boleh berjangkit menerusi sentuhan, perkongsian tuala, cadar dan juga sikat. Apabila seseorang telah dijangkiti, ia mungkin mengambil masa berbulan, malah bertahun bagi mengenal pasti gejala jangkitan tersebut!

2. Cadar perlu ditukar selalu. Syampu rambut setiap hari.

3. Jika anda berhadapan dengan masalah ini, dapatkan rawatan. Teruskan rawatan sehingga hama Demodex telah dihapuskan sama sekali.

4. Tingkatkan sistem imunisasi secara mengambil pelbagai zat seperti vitamin B2 (riboflavin).

5. Jagalah kebersihan diri anda. AWAS!

6. Elakkan tidur bersama atau peluk haiwan kesayangan anda selalu.